Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 3)

Masih di hari pertama…

Sambil bercuti sambil buat aktiviti keluarga. Sebenarnya takdelah akiviti yang berat sangat. Cuma AbangLong Kawasan kata, kita buat sukan-sukan sikit untuk budak-budak tapi tak sangka orang besar terutama atuk dan nenek yang over excited nak bersukan 🙂 Sporting dorang ni….

Kalau korang nak buat aktiviti beriadah, di bahagian belakang hotel Swiss Garden Resorts Residence ini mempunyai pantai privasi khas buat penginap hotel tersebut. Tapi yang tidak seronoknya, pagar menuju ke pantai di bahagian belakang hotel asyik berkunci sahaja. Ini menyusahkan penginap hotel tersebut untuk ke pantai. Kena ikut pintu pintu menuju ke pantai. Kesian dekat orang-orang tua kena berjalan dalam lebih 500 meter. Tapi hati tenang bila lihat pantainya memang bersih.

Hadiah-hadiah untuk aktiviti sukan yang ditaja oleh siapa yang sudi taja 🙂 Terima kasih buat penaja-penaja hadiah yang baik hati lagi murah hati. 

Kami bahagikan aktiviti sukan pada 3 peringkat iaitu untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Untuk kanak-kanak kami sediakan sukan Belon Pecah. Senang dan mudah 🙂 

Sukan Teng-Teng. Sukan paling senang dan tak sangka anak aku suka benor sukan ni sebab katanya…macam kacang jeee….

Untuk remaja pula, sukan lari dalam guni. Memang best 🙂

Sebab masa aku lari dalam guni takde sapa nak amik gambar…so kami bergambar sambil lompat dalam guni pulak…*abaikan muka aku yang macam Trojan tu…hehehehe*

Untuk pasangan pula, kami buat sukan Balingan Kasih Sayang. Aku memang keluar awal sebab aku memang fobia belon skit…hehehehe…

Acara dewasa pulak, kami buat sukan Berjalan Sambil Tutup Mata Sambil Cari Pasangan masing-masing. Memang sporting makcik-makcik aku ni…

Cari Pasangan dengan dengar suara je. Menggagau carik….Memang kelakar dan best 🙂

Nasib baik mak still kenal abah kita 🙂

Lagi acara sukan dewasa, Lari Sambil Ikat Kaki….memang mencabar tapi seronok. Aku tak join sebab jadi juri…hehehe…

Okay….dah habis aktiviti sukan. Acara penyampaian hadiah pulak 🙂

Kali ini memang anak bujang aku join main sukan sebab tu memang sukan yang dia suka…kekekekekke…memasing pakat tak sabar nak dapat hadiah….bagus cucu cicit IB Clan ek…

Semua dapat hadiah…hehehehe…

Sendiri sponsor…sendiri dapat…kekekeke…

Cenderahati buat semua keluarga IB Clan 🙂

Makan Malam di Restoran Santai

Acara seterusnya di Kuantan adalah makan malam di Tanjung Lumpur. Pada awalnya, kami sepakat nak cuba Ana Ikan Bakar yang memang famous amous di Tanjung Lumpur. Tetapi ada beberapa sebab, maka tempat makan diubah ke Restoran Santai. Memang keadaan Santai tu pun santai sangat. Makan di bawah pepohon pokok menghijau. Aku yang memang tak pernah sampai, ikut je selera dorang. Janji dapat makan. Ngeeee.

Sorri gambar tidak memuaskan sebab kepenatan dan laparrrr….grrrr…..Cantikkan tempat makan di Restoran Santai ni…Tapi kalau ada anak kecik kena be carefull takut anak terlepas ke jalan raya besar.

Kalau taknak makan kat luar, makan dalam restoran pun boleh.

Overall, makanan memang sedap tapi servis lemmm sikitlah. Tapi bagi saudara maraku …bukan selera mereka di sini kot. Makanan boleh tahan sedap tapi agak mahal sedikit. Menyesal tak sudah tak try Ikan Bakar kat kedai Tettttt….

1 thought on “Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge