Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Part 4)

31 Mei 2015 (Hari Kedua)

Hari kedua kami dimulakan dengan bersarapan beramai-ramai *ramai tidur* 🙂 Pada mulanya, kami nak breakfast depan hotel je tapi rupanya kebanyakan kedai-kedai depan hotel cuma beroperasi pada waktu malam sahaja. Akhirnya kami cari mamak jugak tidak jauh dari hotel kami. Kebetulan hari itu hari jadi pakcik gorjes kami, dia lah yang belanje breakfast kami…ngeeee…..tima kacih Cik Sukeri…..

Aktiviti hari kedua santai je tapi mesti beramai-ramai…baru meriah. Lunch pula, kami berkelah di tepi pantai. Mak-mak kami dah siap masakkan untuk kami semua. Sayang mak 🙂

Dah lama tak ber picnic kat pantai. Sambil makan sambil layan angin sepoi-sepoi….

Anak manja babah…..

Pandai je Rara ni kalau suruh possing….

Roro pun suka je…nasib baik tak kembong dan tak banyak ragam.Boleh bawak jenjalan lagi ni…hehehehe…

Habis makan, bebudak sambung main pasir…Zara redha je tu….

Habis, picnic sambung rehat. Sapa nak sambung mandi kat pool boleh sambung….petang nanti nak jalan sekitar Kuantan danTeluk Cempedak pulak…

“Dulu Teluk Cempedak ni hutan je…sekarang dah lain” kata abah. Mak dan abah pernah bawak aku ke Teluk cempedak 32 tahun yang lepas. Lamanya…..

Kami takat jalan-jalan je kat area Teluk Cempedak ni. Saja nak tunjuk kat anak-anak di mana Teluk Cempedak tuuu…

Malamnya pula, kami terus ke Berjaya Mall Kuantan. Pakcik Gorjes nak main bowling. Kami main satu game je. Tupun semput…hehehehehe

Macam-macam gaya main…hehehehehe….Aku main takat 5 kali je…pastu surender…jatuh peranakan…kekekeke…

Abah aku mula-mula taknak main. Pastu tengok atuk gorjes pun main…dia pun nak try….comel je baling…kekekekeke…

Semua dapat hadiah…kekekeke….Juaranya adalah Pak Rashid. Bini Pak Rashid tempat ke 5 sebab main separuh jalan…huhuhuhu….

Habis main bowling, balik hotel…makan…tidur….:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge