Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Last Part)

1 Jun 2015 (Hari Ketiga)

Macam sekejap je rasanya bercuti kali ini. Dah 3 hari berkampung di Kuantan ni. Rasa tak puas pulak. Sebelum check out, kami pulun mandi sampai lebam. Memang dah rentung anak-anak aku termasuk aku 🙂 

Abah ku yang hensem dan mak ku yang jelita 🙂

Betapa susahnya nak bergambar 4 beranak ni….Sikit masa lagi…anak dara aku pun sama tinggi ngan mama…

Dalam 12.30 tengahari, kami semua dah check out. Awalnya nak terus pulang dan singgah ke Bukit Tinggi. Tetapi ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, kami sepakat makan satar di Kemaman, Terengganu. Yeyyyy!!! one of my wish 🙂

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, kami singgah di Pantai Cherating. Jakun sekejap bila dapat singgah Cherating walaupun sekejap. Sekurang-kurangnya, bila kami ke Kuantan, kami dah tahu di mana Cherating tu…hehehehe…Memang pantai dan lautnya bersih sekali…nyaman je duduk tepi pantai Cherating tu. Pak Rashid…boleh masuk dalam waiting list next vacation 🙂

Peace!! Yo!!

Akak Gorjes yang tak cukup korum…

Anak-anak buah yang dah sama besar ngan mak sedara 🙂

Alhamdulillah….akhirnya lengkap 11 negeri dalam Malaysia aku dah pergi walaupun Terengganu ni sipi-sipi je sampai…hehehe….Masuk Kemaman semata nak makan satar dan celop-celop tepung…Kami singgah makan tengahari di Warong Aziz Satar, Kemaman. Ada pelbagai makanan di Warong Aziz Satar ni. Ada ikan celop tepung, sotong celop tepung, ketam celop tepung…memacamlah lagi. Harga? Memang murah sangat harga makanan di Warong Aziz Satar ni.

Sedap kot sotong celop tepung ni….sepinggan RM5 hengget je…Satar dan Otak-Otak. Tekak aku memang tak boleh masuk ngan Satar dan Otak-Otak ni. Otak-Otak di Kemaman ni pun lenmacam sebab selalu kita makan otak-otak yang kaler oren tu tapi disini ada isi ikan lagi.

Model tak berbayar…hehehe…Keropok Cap Masjid ni memang glamer. Sedap dan rangup. Kedainya berhadapan dengan Warong Aziz Satar. Beli banyak boleh dapat diskaun 🙂

Eh!Eh…lepak rumah siapa pulak Pak Rashid tu? Kebetulan, Acik Sukeri singgah rumah adiknya, Cik Li di Kemaman…masa kami tengah makan kat Warong Aziz Satar, Cik Ton (adik mak aku) ajak singgah pulak. Dah dekat katanya….kami on je.  

Nah! Belanjer gambar Roro satu…suka dapat jenjalan 🙂

Hampir jam 5 petang, setelah dijamu kek kurma dan keropok…kami beransur mintak diri. Nampaknya, tidak sempat kami singgah ke Bukit Tinggi…mungkin lain kali.

Jutaan terima kasih buat sanak saudara IB Clan yang mengikuti percutian di Swiss Garden Resort Residences Kuantan kali ini. Keluarga Makngah Leha, Abang Hai & Kaklong, Keluarga Acik Sukeri & Cik Ton, Abang Pali & As dan Keluarga aku sendiri. Jutaan terima kasih sekali lagi buat Abanglong kawasan sebab sudi menguruskan penginapan kami yang superb kali ini. Memang terbaikkkkkkk!!!!

InsyaAllah, tahun depan kita ke Melaka pulak. Harap-harap semua dapat follow percutian keluarga IB Clan kelak 🙂 

 

1 thought on “Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Last Part)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge