Animal Park | Bukit Tinggi (Part 2)

Animal Park | Rabbit Park | Bukit Tinggi

Anak bujang aku dah merengek-rengek tak sabar nak tengok reban arnab. Tu pasal muka macam hampeh je bila suruh possing…huhhh….

Selain Japanese Village dan Colmar Tropicale, satu lagi tempat tarikan di Bukit Tinggi iaitu Animal Park. Animal Park yang terletak diluar pintu bayaran masuk ke Colmar Tropicale. Ada bas/kenderaan yang disediakan yang korang boleh naiki dari Colmar Tropicale.

Cara lain ialah dengan menaiki kenderaan korang sendiri. Tu pasal aku suruh pergi Japanese Village, Colmar Tropicale baru singgah ke Animal Park sebab lepas tu boleh terus balik. Itu silap kami…sudahnya…langsung tidak sempat singgah ke Japanese Village sebab keadaan dah gelap dan hujan renyai-renyai.

Yuran masuk ke Animal Park ialah sebanyak RM4.00 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Moh! kita jenguk apa ada dalam Animal Park, Bukit Tinggi nie..

Mula-mula masuk ke Animal Park ni korang layan si Rusa ni dulu…

Rusa kat sini jinak-jinak belaka…

Arnab paling banyak kat sini. Comel-comel belaka…

Sukanya 🙂 Rentung kulit dari Kuantan pun masih berkesan…..
Arnab kat sini pun jinak-jinak belaka….Aku memang geli nak pegang….tupun kena paksa ngan Qayyum….

Kakak Balqis memang suka lah tew…..Rusa bertanduk pun ado….
Memandangkan kandang keldai ini kurang enak, Qayyum tak jadi nak tunggang keldai…jimat duit hakak….kekekeke…Pak Rashid ngajuk…ngeh!ngeh!…..#itusemuapoyo
Pondok bas disediakan di pintu luar Animal Park. Korang kena sabar menunggu sebab bas kat situ ikut masa tertentu untuk pick up orang. Penat tapi best (untuk budak-budaklah)

Berakhir sudah Percutian Bajet kami ke Bukit Tinggi, Pahang. Bagi yang tertanya-tanya, apesal aku asyik jenjalan je….aku pernah story mory kat SINI.

Kalau ikutkan gaji sebanyak mana pun tak cukupkan? Nak bayar tu..nak bayar ni..semuanya perlukan duit. Hokey! Hakak paham….tapi sekali sekala tu kenalah asing sedikit duit gaji tu untuk percutian korang. Buatlah ‘tabung holiday’

Ye…hakak faham….anak hakak 2 orang je…anak korang ramai…

Ye..hakak faham…korang surirumah…harap gaji laki je…

Ye…tahu…duit korang tak pernah nak cukupkan? 

Ye…hakak faham…duit korang bukan duit hakak…

Hokey..meh sini hakak ajar tips mudah untuk menabung. Simpan semua duit syiling korang dalam tabung terus. Lama-lama banyak jugak kan? Simple kan…nak seribu daya…taknak seribu dalih.

Lagi….

Aku ni jenis suka berjalan. Suka bercuti melihat tempat orang. Jadi aku kena ada target dan simpanan. Aku tak sepenuhnya mengharapkan duit Pak Rashid sebab akupun bekerja. Jadi, kenalah adalah kerjasama suami isterikan. Takkan nak harap duit laki je. Kita nak jalan..kenalah menyimpan termasuk anak-anak aku sekali. Aku suruh babah dorang bagi duit belanjer 4-5 hengget sehari. Pastu duit belanjer tu pecah kepada 3 bahagian. 1 bahagian buat belanja makan, 1 bahagian buat simpan tabung holiday dan 1 bahagian lagi simpan dalam tabung belajar. Kejam kan mak korang? hahahahaha…..  

Lepas tu korang kena target. Contohnya, bulan 12, 2016 nak kemana? Mulalah kumpul duit…kalau still tak cukup lagi…k.i.v dulu percutian korang sampai tabung korang penuh. Pesen aku kalau takde duit…duduk je rumah diam-diam sambil gigit jari tengok orang pi bercuti. Tapi tu semua boleh dijadikan semangat. Bila dah penuh tabung holiday, baru boleh jalan. Tu yang boleh pergi 2-3 tempat setahun. Mudahkan?

Tips Bercuti inilah yang aku amalkan sejak dari 3 tahun lepas. InsyaAllah, berkat tekun, sabar dan jimat… barulah boleh merasa jenjalan. Ini salah satu tips sebab apa aku asyik jenjalan je. Makan bulan merancang. Bukan jam tu nak pergi..jam tu jugak baru nak kumpul duit…memang tak berjalanlah gamaknya.

Apapun, ukur baju diri sendiri. Kalau korang suka jenjalan tapi tak cukup modal, buat tabungan. Kalau korang tak suka jenjalan tapi bini korang nak jugak jalan…suruh bini korang kumpul duit….dengan syarat…korang kenalah bagi duit kat bini korang…selalunya bini memang pandai menyimpan duit…kekekeke…Simple kan?

Kos Percutian ke Bukit Tinggi, Pahang

Duit Minyak : RM30.00 (aku bawa axia je masa ni)

Tol Gombak : RM10.00 (pergi dan balik)

Yuran Masuk Bukit Tinggi : RM47.00 

Yuran Masuk Animal Park : RM12

Makan & Minum : RM35.00 (nak jimat bawak bekal)

Total : RM134.00 

P/S : Jangan kata hakak tak kongsi kegembiraan ngan korang plak tau. InsyaAllah, sikit-sikit…lama-lama jadi bukit. 

5 thoughts on “Animal Park | Bukit Tinggi (Part 2)”

  1. As salam sis..
    Nak tanyala kalo g bukit tinggi nie dari kl berapa lama tuk sampai ke sana?
    If pergi tuk sehari saja maksudnya pergi balik ok x?ker kena tido dsana

    1. Wasalam
      Kalau dari KL 1 jam 45 minit (kalu x jem) sampai dah….
      Kaqlin pun pi sehari je…pukul 5 lebih dah gerak balik…takyah tido..sana hotel mahal…hehehehe…lagipun boring

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge