Vitagen Healthy Digestion Walk 2015

Puasa-puasa ni takde entri sangatlah dari aku…biasalah…kalau puasa mesti mood ke laut. Lagipun takda apa nak tanya. Aku masak pun hujung minggu je..hari biasa mak aku yang masak. Tettt…..

Aku citer pasal #throwback jelah ek…

Sebelum puasa ritu, tahun kedua aku sekeluarga join Vitagen Healthy Digestion Walk 2015. Kali ini diadakan di Taman Persekutuan, Taman Tun Dr Ismail atau dulunya dikenali sebagai Taman Rimba TTDI. Tempat aku selalu jogging ni…hehehehehe….

Yuran pendaftaran tetap RM30.00 tapi tahun ini ada GST. So total RM31.80 dapat baju dan sticker nombor. 

Tahun ni budak opis aku Nisa tak dapat join..cuma Amy (tupun dah jadi bekas opismate) je yang dapat join….huhuhuhu….

Pagi itu, hujan renyai-renyai, kami sampai pun agak lewat…orang dah pun habis jalan 2 pusingan….kami baru sampai sambil terkial-kial….Kaunter pendaftaran pun dah takde orang…hehehehe…claim goodies bag dulu kat sini….

Dalam goodies bag disediakan air vitagen sebotol dan sebiji pisang untu sarapan pagi itu. Kemudian redeem pulak air kotak di kaunter redeem. Tahun ini disediakan kupon pulak untuk redeem air kotak..tak dapatlah nak rembat berulang kali macam tahun lepas…huhuhu…

  Okay! Get ready to walking-walking…hehehehe…dapat seround dua jadilahkan…..

Dah habis round setaman…berehat sekejap….hehehehe…

Masa yang ditunggu-tunggu. Zumba dan Lucky Draw…yeayyyyy….Tapi macam biasa, aku ini selalu tidak bertuah..huhhhh…

Sakan Pak Rashid berzumba…sukalah letewww….

Selain walkhaton, Vitagen Malaysia juga menyediakan permainan tapi takbest macam last year. Last year memang the best. Dengan dapat collect air vitagen banyak-banyak…main permainan dapat tupperware walupun tupperwave Vitagen…tahun ni main permainan dapat air kotak yang tak laku pulak tu…hampehhhh….
Sementara Pak Rashid layan anak bujang dia main-main, aku ngan Balqis que dulu untuk ambil goodies bag yang kedua sebelum pulang….memang mencabar sungguh bab ini. Punyalah beratur panjang….nasib baik still boleh bertahan…

Setiap seorang peserta akan dapat paper bag Vitagen, puding, air kotak yang tak sedap tu, 10 botol air vitagen yang tak sedap gak. Kali ini pihak Vitagen banyak bagi air Vitagen Kolagen. Serius aku tak suka…tahulah tak laku…next year tolong bagi Vitagen normal…pleaseee…Dah ambil semua, kena tanda supaya tak boleh cilok banyak kali….Isi dalam setiap goodies bag kedua yang kami dapat..tahun ni dapat pinggan dan sudu picnic….bolehlah…
Hasil rembatan 4 beranak 🙂

Bekas rakan sejawat, Amy. 

Dapat sijil memasing….*abaikanmukaqayyum 🙂

Buat penganjur, Vitagen Malaysia, pleaselah…tahun depan saya mahukan Vitamin yang original bukan kolagen. Saya tak suka……badan saya dah banyak kolagen….huhuhuhu…

Ok. Bai!!

3 thoughts on “Vitagen Healthy Digestion Walk 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge