Projek Almari Baju

Nak raya-raya ni kalau tak mencantikkan rumah memang tak sah. Mungkin sikap itu menurun dari mak aku kot. Tak semestinya semua nak tukar baru…boleh add on apa yang patut je.

Maksud aku bab menurun dari mak aku tu…mak aku suka mengemas. Dia suka tengok rumah dia cantik dan bersih. Dari rumah papan sampailah rumah batu. Ada je idea mak.

Tapi tak boleh lawan satu peel mak aku yang satu ni. Mak memang suka mengecat. Ada je idea dia bab mengecat ni. Dia pro tau dalam mengecat. Kemas je. Dari kerusi, meja, almari, botol botol, tingkap, pintu…semualah dia nak cat…kalaulah peti ais tu boleh dicat..mesti tiap-tiap tahun peti ais kami berubah warna…hehehehehe…tapi itulah mak aku. Dia memang suka deko-deko rumah. 

Untuk tahun ni aku takdelah nak tambah perabot ke perkakas rumah ke…just add on apa yang patut je. Cukuplah selama 5 tahun aku dan Pak Rashid bertungkus lumus, berjimat cermat untuk memenuhkan perkakas rumah. Alhamdulillah, semuanya dah lengkap cuma ekon je belum ado…hehehehe….yang tu bajet tahun depanlah gamaknya..

Kali ini nak adjust sikit bilik anak bujang aku, terasa nak buat sesuatu pulak. Sekali tengok almari baju Qayyum….hmmmmmm…idea datang…hehehehe….

Almari baju Ben 10 ni aku beli masa tahun kedua masuk rumah ni. Masih elok dan cantik. Mula-mula ingat nak belikan Qayyum almari baju yang lain sebab almari Ben 10 ni nampak macam kebudak-budakkan walaupun dia masih budak..hehehehe…macam tak macho plak…kekekeke…Lepas tu ingat nak jual kat mudah.com je…tapi malas pulak…

Jadi….timbul idea….jom deko…..:)Apa yang korang perlukan ialah berus cat, sarung tangan, tinner dan cat minyak. Terpulang korang nak guna warna apa…aku pilih warna putih sebab nak padankan dengan cat biru dinding bilik Qayyum. Lebih kurang dalam 2-3 jam mengecat dan mengubah suai almari baju Qayyum….

Tadaaaaa….

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*Cantik tak? Dari almari Ben 10…dah bertukar warna putih suci berseri.

Qayyum tengok sambil tersenyum. Terus tanya nak tukar langsir pulak. Dah besar anak bujang aku ni…hehehehe….

Buat korang yang ada perabot-perabot yang dah jemu dipandang…jangan dibuang pulak. Boleh je cat semula. Nampak cantik. Serius! Jimat pun jimat kan…..

Selamat berdeko!

10 thoughts on “Projek Almari Baju”

  1. Wah! Thanks sebab share! Saya tengah pening tak tau nak buat ape dgn almari anak kat rumah tu kalau dia dah besar nanti. Almarinya gambar disney princess, bayangkan anak dara umur 16 thn pakai almari mcm tu? Sikit punya haru..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge