Iftar di The Chicken Rice Shop

Sempena Hari Jadi Adik Tengah (14.6.2015) dan kebetulan Hari Bapa (14.6.2015) keluarga aku sepakat berbuka di luar. Tempat Iftar yang kami nak tuju sebenarnya  Ayam Penyet. Moon konpiden je kata ada Waroeng Penyet baru kat Paradigm Mall. Bila aku sampai dulu sambil tercari-cari…memang takde kedai tu pun kat depan Seoul Garden, Paradigm Mall tu. Hampeh! Akhirnya, kami pilih The Chicken Rice Shop. Lagipun, anak-anak aku suka nasi ayam kat situ.

Nasib baik kami sampai awal dan masih ada kekosongan. Kalau sampai jam 5 atau 6 petang memang takde kekosonganlah jawabnya. Lagipun Restoran The Chicken Rice Shop di Paradigm Mall tu kecik je. Lepas order makanan dan bayar, kami round Paradigm Mall. Agak-agak nak dekat berbuka, baru kami lepak situ balik.

Sempena Ramadhan ni ada hidangan special kot kat The Chicken Rice Shop ni. Ada Rendang Kampung Warisan. Nampak macam menyelerakan tapi tak order pun yang sebab nak tunggu raya nanti baru makan..hehehehe…Kami pilih hidangan Family set. Boleh makan untuk 5-6 orang tapi kami makan 8 orang. Cukup je…hehehehe….

Disebabkan aku malas nak taip, korang baca menu untuk Family Set ni 🙂 Memang berbaloi-baloi makan beramai-ramai….Harga dalam RM128 camtu (tak ingat)…

Meraikan bapa-bapa orang. Macam biasa memang takkan cukup korum kaum bapa ni…..

Buat Abang, Abah, Abah mentua, adik ipar…Selamat Hari Bapa. You’re the  best  and  awesome Bapa  di sisi kami 🙂

6 thoughts on “Iftar di The Chicken Rice Shop”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge