Masih relevankah duit raya?

Apa punya tajuk ko buat ni makcik? Dah namanya hari raya….takde duit raya tak meriahlah raya kan…

Dua tiga hari ni aku dok peratikan je hangpa dok bising pasal duit raya ni. Awat kalut sangat…hangpa nak bagi seratus sorang ke kat budak-budak tu. Lagi aku pelik…yang hangpa dok sopping sakan tu ada plak duit hangpa? Yela….duit hangpa bukan duit aku…..

Aku teringat zaman kanak-kanakku. Memang Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu. Masa inilah kita nak collect Duit Raya banyak-banyak. Dulu, aku hidupnya agak susah (10 kali dah bagitau..hehehe). Gaji abah masa tu berapa ratus je. Mak tak keje. Anak dara 3 orang. Mak buat kuih…mak jaga anak orang…abah buat part time…Alhamdulillah….sesusah mana kitaorang pun abah dengan mak mesti sediakan duit raya untuk budak-budak.

Dari situ aku tahu, mak dan abah…sesusah mana pun, dorang mesti sediakan duit raya untuk budak-budak yang datang beraya ke rumah.

Dulu…dapat duit raya duit syiling je. Dapat 0.20 sen…0.30…0.50 tupun jenuh tawaf keliling kampung. Kalau nampak rumah batu…besar pulak tu…cubaan 2-3 kali gak beraya sebab dapat RM1.00. Seronoknya zaman kanak-kanakku.

Sekarang ni??? Nak tunggu rombongan budak-budak datang beraya punyalah susah. Boleh bilang dengan jari.

Tak ke jimat duit raya korang kan? Buatpe nak senak perut kan….

Mungkin orang Melayu kita sudah terbiasa dengan tradisi bagi Duit Raya. Tapi aku selalu pesan dengan anak-anak aku, kalau pi beraya rumah orang..pastu orang tu tak bagi Duit Raya, janganlah mintak pulak. Mungkin orang tu tak mampu nak bagi. Kita mana tahu susah orang kan…

Nah!!Amik sorang sekeping…hehehehehe…

Bagi aku, masih relevan sebenarnya Duit Raya ini untuk kanak-kanak. Setahun cuma sekali kita bagi kat budak-budak. Tak banyak, sedikit pun jadilah. Anggap kita bersedekah. Niat kita untuk bersedekah. Nawaitu itu penting kot. Samada banyak atau sedikit itu terpulang pada individu masing-masing. Budak-budak pun boleh faham kenapa dorang dapat Duit Raya sikit je tahun ni…tettttt!!!

Tips : Dulu ex-bos aku kalau dapat claim pi Mahkamah, mesti dia asingkan duit singgit atau lima hengget…Bila aku tanya bos nak buat apa? Simpanlah untuk duit raya nanti. Aku pun terikut dengan cara dia. Setiap kali ada baki duit lima hengget, mesti aku terus masuk dalam sampul raya. So, bila dah dekat nak raya, takdelah risau sangat..mana nak cekau duit raya nanti kan. Simplekan? Cubalah kalau tak percaya….hehehehehe….

P/S : Setiap individu ada pendapat masing-masing. Ini pendapat makcik je. Jangan ada yang meroyan plak nanti 🙂

Menarik Tertarik : Klik Sini >> Untuk mengetahui cara tempah TIKET KAPALTERBANG MURAH. 

10 thoughts on “Masih relevankah duit raya?”

  1. Hehe kalau dulu raya g umah makcik2 ramai2 sekarang mmg susah nk jmpe budak2 dtg beraya rumah ramai2. Rindu pulak kan. Hehe tapi tips ex boss makcik tu mmg berguna. Senang raya tinggal nk masuk sampul raya jea hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge