Selamat Jalan Abang Intan

SubhanAllah….berita pedih lagi sedih yang aku terima petang semalam. Aku mula mengenali dia dari tahun 1992 lagi. Ketika itu aku baru masuk Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Bukit Gading.

Kelas aku kebetulan bersebelahan dengan kelas Tingkatan 5. Sekolah dulu dulukan pintu belakang boleh bukak katup. Standard lah abang-abang Tingkatan 5 ni sibuk kacau kami budak hingusan ini. Dia dan seorang lagi sahabatnya memang rajin menebeng kat pintu belakang tu bila cikgu takde. Tanya namalah…tinggal manalah…kami budak Tingkatan 1 ni memang bajet hotlah bila Abang-abang senior ni tegur kan…

Dari situ bermulalah detik perkenalan aku dan dia. Dia lebih ku anggap sebagai seorang Abang. Dan aku dan beberapa kawan sekelasku mula dijadikan sebagai adik angkat dia.

Hampir 25 tahun persahabatan kami sebagai abang dan adik angkat terjalin utuh. Walaupun tidaklah serapat macam masa sekolah dulu, dia tetap berhubungan dengan adik-adik angkatnya melalui laman sosial.

Semalam…..dia telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Berita sedih yang pedih yang aku terima dari abang angkatku yang sama-sama suka kacau aku dulu, Abang Balak. Terkilan sebenarnya. Kebetulan, tahun ini aku memang agak jarang berhubung dengan arwah. Last pertemuan kami adalah 2 tahun yang lepas masa arwah tempah kek dari aku. Aku seolah-olah tidak percaya pada awalnya. Tapi itulah hakikatnya.FB_IMG_1436025172169

Pertemuan pertama….2 tahun lepas (jika tidak silap aku) setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Masa ni arwah lepas buat pembedahan di bahagian lengannya setelah didapati menghidapi penyakit kencing manis. Masih aku teringat, ketika ini arwah mengesat air matanya dan aku tahu arwah tak sangka aku datang melawatnya. Tapi aku pun berseloroh dengan arwah…”Abang nangis ek… janganlah sedih….hehehehehe…” Arwah senyum sambil cakap mana ada….Tapi aku tahu dia sedih tu….cuma tidak terucap.

Arwah dikenali dengan sikap yang tidak banyak cakap, lembut, sentiasa senyum dan baik hati. Walaupun aku cuma adik angkat tapi persahabatan kami hampir 25 tahun cukup berharga buat aku.

Selamat tinggal Abang Jamaludin Jamil (40 tahun). Selamat pergi menemui Sang Penciptamu. Semoga abang Intan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.

p/s : Masa kita juga barangkali tidak lama lagi. Hari ini aku sibuk menulis perihal kematian orang lain…mana tahu esok-esok hari aku pula yang menyusul. Ya! Tuhan, matikanlah aku di kalangan orang-orang yang beriman. Masih banyak lagi perlu kejar demi Syurgamu Tuhan. Amin.

8 thoughts on “Selamat Jalan Abang Intan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge