Telefon Buat Suami

Salam Ramadhan …

Bagi aku, sesekali tu kenalah bagi reward kat laki kitakan. Terutamanya bila dapat bonus ke dapat duit terpijak ke…Selalunya kalau laki dapat bonus, laju je kita menanya kan? Dah dapat ke husband? Berapa bulan dapat? Dengan harapan ada portion buat bini jugak. Alhamdulillah, Pak Rashid tak pernah lupakan portion aku.Dan aku tak pernah kecewa dengan pemberian darinya..hehehehehe…

Ye. Aku seorang yang agak perahsia kot bab duit-duit ni. Tapi setiap kali dapat bonus, aku akan beritahu Pak Rashid dulu. Cuma… aku tak akan beritahu berapa banyak aku dapat bonuslah. Pak Rashid memang dah faham perangai aku. Dia cuma akan mengagak-agak je berapa aku dapat. Pak Rashid pula tak akan bertanya lebih-lebih. Begitu juga kalau time Pak Rashid dapat bonus…akupun takkan tanya lebih-lebih sebab…aku dah tahu berapa dia dapat….kekekeke…informer aku ramai je kat opis Pak Rashid…kekekeke…tak kisahlah…janji Pak Rashid tak lupa bini dia….

Selalunya, bila aku dapat bonus, aku pula akan bertanya pada Pak Rashid. Nak apa? Jawapannya memang selalu cool…takpelah…nantilah…

Aaigooo…that why i love you so much Husband 🙂 So, dari dia mintak sportrim baru ke..downpayment superbike ke..baik aku belikan benda lain cecepat…hehehehe…

Tadaaaa….aku hadiahkan Pak Rashid handphone Oppo R1L.

Aku tengok handphone dia memang dah nazak sungguh. Punyalah hanggggg……sakit pulak hati aku tengok. Macamanalah Pak Rashid boleh bertahan dengan handphonenya…huhuhu…Aku selalu bising…ada duit lebih…tukarlah handphone baru…dia buat dek je…dia kata tak payahlah….lagipun sayang handphone tu sebab aku gak yang hadiahkan masa birthday dia 2-3 tahun lepas aku rasa…..

Lagi satu Pak Rashid ni bukanlah orang yang gile gajet. Dia kata janji dapat call dan mesej cukuplah. Dan dia still pakai prepaid…huk..huk..huk..jimat katanya…

Aku beli Oppo R1L ni sebab…aku pun boleh rembat sekali…hahahahaha….kamera dia cantik kot….Lepas beli, aku suruh Kerol (budak opis aku) pi hantar kat opis Pak Rashid. Memang tanjatlah Pak Rashid…hehehehe….Percayalah…laki kita sebenarnya suka kejutan rupanya…hahahahaha…tak caya cer buat…Sumpah! Abang tak cari lain…tetttt…

Memang kasih sayang tiada nilai dengan barang apa sekalipun. Alhamdulillah, selama ini Pak Rashid masih lagi menjadi suami yang baik pada aku dan anak-anak. Muah ketat-ketat 🙂

Menarik Tertarik >> Lihat Sini Jika Ingin Menangi Baucar Membeli Belah Bernilai Sehingga RM100

                                

9 thoughts on “Telefon Buat Suami”

  1. Bertuah sungguh pak rashid dapat isteri macam puan.. Semoga hubungan puan sekeluarga bertambah erat dan bahagia. btw, HP oppo ni cepat habis batery tak? Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge