Beg Raya

Setiap kali Hari Raya mesti nak semua baru kan? Setiap orang ada buah fikiran lain-lain. Bagi aku, tak salah jika berlebih sedikit (jika mampu). Setahun sekali kot (itu akulah). Setahun sekali melaram (itu aku jugak).

Eh! Korang dah beli beg raya ke? Mesti dah kann…kannn…

Tuuu….beg raya aku dah sampai…hehehehehe…..Cantik tak? Merah menyala uolsss….

Adik aku punya gelak bila aku nak pakai beg Le Pliage Neo Longchamp ni untuk hari raya. Tak sesuai dia kata….Sesuai kot…senang simpan angpow raya anak-anak…kekekeke….Aku jadi jatuh cinta pula dengan beg longchamp lepas beli yang pertama dulu. Entri SINI.

Disebabkan aku suka beg jenis sling, kali ini aku beli jenis Le Pliage Neo Longchamp pulak. Sebenarnya bukan aku yang beli. Aku kirim beg ni dengan mak kawan aku. Kebetulan dia pramugari. Jenuh jugak dia mencari sebab asalnya aku nak warna oren tapi dapat warna merah. Oklah tu dari takde. Btw, dia beli beg longcham aku ni kat airport London….so, harga agak mahal sedikit dari Paris. 

Tips : Kalau korang suka handbag yang agak mahal harganya…korang simpanlah duit sikit-sikit (macam aku..makan tahun kumpul tau :)). Kalau nak harga lebih murah sedikit, korang boleh kirim melalui kawan-kawan korang yang ada pi oversea tu…

Menarik Tertarik >> Bosan dengan masakan sama setiap hari untuk hidangan berbuka? Dapatkan Resepi Berbuka Puasa Yang Enak Disini!

1 thought on “Beg Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge