Kejadian Pagi Semalam

IMG-20150708-WA0001
Gambar : Facebook Group 47000

Wanita ditembak dipipi dan tangan.

Kejadian pagi semalam.

Biasanya kalau pergi kerja, aku akan suruh Pak Rashid ikut jalan highway kerana ianya cuma mengambil masa dalam 30-40 minit (kalau naik kereta mahu sejam lebih lebih baru sampai campur traffic jam lagi) untuk sampai ke tempat kerjaku berbanding ikut jalan pekan yang mengambil masa 45 – 50 minit sebab banyak traffic light.

Pagi semalam, aku agak lewat sedikit keluar dari rumah. Dari rumahku hingga ke jalan ktm Sg Buloh, jalan agak lancar bagi penunggang motorsikal mahupun yang menaiki kereta. Namun, setibanya di traffic light sebelum masuk ke tol Sg Buloh, jalan agak sesak. Firasatku mengatakan mungkin ada kemalangan. Memang kat situ dah biasa orang cium-cium bontot kereta.

Aku lihat, sebuah kereta berjenama H tersadai di bahagian kanan jalan tersebut. Takde pun kereta atau motorsikal yang menampakkan kena cium…cuma aku perhatikan ada keretakan ¬†pada cermin di sebelah pemandunya. Pengsan ke? Sakit ke pemandunya? Pak Rashid pun sibuk menyelit untuk melihat apa yang terjadi. Dari jauh aku lihat wanita dalam lingkungan 40 an itu macam menahan nafas…sesak nafas barangkali? Kemudian ada dua tiga orang yang sedang membantu. Salah sorang cuba menunjukkan reaksi bahawa wanita tersebut kena tembak.

SubhanaAllah! Aku mula menggeletar. Kemudian, aku perhatikan ada kesan lubang di pipinya. Patutlah dia tercungap-cungap seolah – olah mahu memberitahu sesuatu. Aku tak boleh tengok lama-lama….aku jadi seram menggeletar nanti. Rupanya dah kecoh di group Facebook. Katanya bukan sahaja ditembak di pipi malah ditangan.¬†Punca kejadian…tidak pasti. Terlalu spekulasi. Tapi….umurnya masih panjang. Dia masih hidup.

Jadi…aku rasa….tinted kereta perlu dinaik taraf. Biarlah gelap gelita ala-ala macam kereta menteri-menteri tu kan. Memang risiko ada dimana-mana, tapi apa salahnya kita ambil langkah berjaga-jaga. Apa yang aku takuti sekarang, dimana-mana sahaja kita sudah tidak selamat. Mungkin? Kita boleh menjadi mangsa akibat hati hitam manusia. Adakah kita bersedia untuk terima semua itu? Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan semoga diberi perlindungan olehNya. Janganlah kita berhati kejam sesama manusia kerana ada manusia akan lebih kejam pada kita. Berbuat baik selagi boleh.

Menarik Tertarik >> Saksikan Video Menyentuh Hati Disini

2 thoughts on “Kejadian Pagi Semalam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge