Iftar di Institut Quran Kuala Lumpur 2015

Ahad lepas, ofis aku mengadakan Iftar bersama pekerja-pekerja HSK di Institut Quran Kuala Lumpur. Memang setiap tahun kami akan berbuka puasa dan berterawih bersama-sama tahfiz dan tahfizah yang menuntut di IQKL tersebut. 
                                                                            Sebahagian teman sekerjaku 🙂

Antara lauk pauk yang dihidangkan khas dari Seri Menanti…

Alhamdulillah. Ada habuan buat anak-anak. Tengoklah anak bujang hakak…kurus kering walaupun baru 11 hari berpuasa. Omak eh je yang tak kurus-kurus. Lemak tepu agaknya.

Apapun ucapan ribuan terima kasih buat penganjur HSK diatas tajaan iftar kami kali ini. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur selalu. 

P/S : Ada yang tanya aku, kenapa setiap tahun aku akan berbuka puasa kat situ? Aku syak big bos aku penaung kat situ kot 🙂

2 thoughts on “Iftar di Institut Quran Kuala Lumpur 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge