Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kawan-kawan! Sekejap je dah seminggu kita berhari raya. Mood sememangnya dah ke laut. Hari ini aku baru start kerja dengan rasa lemau satu badan. Nasib baik puasa je ni…hehehehe…

Amacam raya korang? Meriah? Seronok? 

Hari Raya aku memang setiap tahun mesti rasa seronok. Ada aku baca artikel tu, kalau dah tak rasa apa-apa tentang raya…itu maksudnya ajal dah dekat.waallahualam.

Cuma tahun ni kurenglah sikit dari tahun sebelumnya. Malam raya tu, Qayyum tak berapa nak sihat. Hati aku memang tak keruanlah…tapi raya tetap raya kan….

Setiap tahun setakat ini, kampung mak aku akan buat Baraan Hari Raya di malam raya. Dekat pukul 11 malam, baru kumpulan baraan sampai ke rumah mak aku.

Dan setiap tahun, abah aku mesti beli buah anggur 🙂

Takdak gambar pakcik-pakcik baraan 🙁

Puaslah memujuk semata-mata nak bergambar ngan dia. Jenuh aku nak mengumpul duit nak membeli x-box dia…huhuhu…

Muka budak tak berapa sihat. Bukan demam. Bukan batuk. Bukan selsema. Tapi sakit dia. Patutlah lepas balik ikut baraan raya dengan atuk & babah dia jalan dengkot-dengkot. Bila ditanya, kakinya sakit katanya. Lenguh ke? Bukan…ngilu….aduhai adik…malam-malam raya ni datang sakitnya. Mama dan neneklah orang yang tak keruan. Qayyum ni jenis kalau sakit takkan bagitau. Kita sendiri akan nampak dari segi fizikal. 

Babah dialah pendorong semangat buat aku. Sebolehnya dia akan buat Qayyum selesa tanpa memikirkan rasa sakitnya itu. Qayyum kena ingat macamana babah jaga Qayyum bila besar nanti tau…Aku ni kejanya nak merebeh air mata je. Risau? Tak leh nak cakaplah…tapi aku buat-buat lupa gak…sebab nanti Qayyum perasan plak aku tengah susah hati. Sapu-sapu kaki dia ngan minyak panas supaya dia lega sikit.

Cuba tersenyum walaupun menahan sakit. Itulah Firhan Qayyum.

Itulah cerita malam raya aku di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh 🙂 

p/s : kot-kotlah ada doktor ortopedik baca entri aku ni, sudilah kiranya aku nak bertanya beberapa soalan….. 

1 thought on “Selamat Hari Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge