Raya Pertama 2015

Tema raya 2015 adalah purple colour. Tahun ni aku yang decide nak baju raya warna apa. Tak plan pun nak warna purple ni. Tetiba tengok kain masa beli kat Vietnam ritu ada lagi…so purple jelah…hehehehe…semua orang setuju senang cerita.

Seperti selalu, raya pertamaku di kampung mak abahku, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh. Walaupun dekat tapi best….

Kebetulan langsir pun sedondon ngan baju kami…kekeekeke…jimat kain mak kataaa….

Kebiasaanya, selepas balik sembahyang raya kitaorang mesti salam-salaman. Mesti nangis-nangis terutama anak dara den. Tapi gambar tak ambil pun…huhuhu…

Gambar lain pun tak banyak ambil sebab Qayyum takde mood. Masih sakit kakinya katanya. Aku dah bubuh minyak panas dan pakaikan dia stokin. Mana tahu lega kemudian. Rupanya tidak. Memang nampak dia tak larat nak jalan sangat. Tak main sangat pun dengan sepupu-sepupu yang lain. Kesianya anak Mama…..

Kakak Balqis cuba gembirakan hati adiknya…..

Korang nampak kekuyuan mata aku tu kan? Camtulah kuyu hati aku…huhuhuhu….dahlah tailor bangla ni jahit baju aku serupa meksi mengandung…lagilah aku sayuuuu….

Orang dah pesan….abaikan gajet di hari raya…tapi aku terpaksa biarkan Qayyum leka dengan gajetnya. Atleast boleh dia lupakan kesakitan dia kan….

Jom balik kampung mak aku pulak…………..

Kampung mak aku taklah jauh sangat. Sebelah kampung je 🙂 Semua adik beradik mak aku duduk berdekatan antara satu sama lain. Jadi, sekali jalan jer beraya….

Selalunya, kami akan ikut turutan rumah. Dari rumah maklong, Cik Ton, Maklang, Makngah, Cik Ujang, Moksu dan Cik Nah.

#gengakakgorjes tak cukup korum. Sorang (moon) balik kampung & sorang lagi (ika) beraya diperantauan, Sabah…hehehehe…

Alhamdulillah, sorang #gengakakgorjes dah berhijab. Cantik kan……

Sepupu sepapat bertemu di rumah adik mak aku, Cik Ton.

beraya di rumah Moksu. Rindunya ngan rumah moksu. Dah lama tak bertandang 🙂 Rindu ngan masakan Moksu.  

Moksu dengan anak-anak buah & cucu-cucu 🙂

Makcik mengandung 5 bulan…..(hehehehe…salahkan baju padahal perut muncit) 

Belakang tulah tapak asal rumah arwah nenek & datukku (rumah keluarga mak aku). Asalnya, rumah atas. Tapi dah renovate jadi rumah batu. Sebahagian waris-waris Ibrahim Lembut & Bibah Lembang.

Lepas balik kampung mak aku, adik-beradik mak aku pulak berkunjung balas ke rumah mak aku. Tumpng seri bakal pengantin 🙂

Alhamdulilah. Yang keruh dah kembali jernih. Yang jauh makin dekat. Yang benci makin sayang. Itulah adat berkeluarga. Keluarga belah mak aku memang rapat belaka. Itu yang buat meriah Hari Raya kami. 

Belanje satu lagi gambar. Mak aku memang suka buat langsir sedondon ngan baju raya kami…tetttt!!!!

Saya, Marlini Matusan sekeluarga dengan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan samada di luar maya mahupun di alam maya ini. Jika segala kata-kata, penulisan saya dan perwatakan saya mengguris hati kalian, ampun maaf saya pinta. Saya cuma manusia biasa yang sering melakukan kesilapan samada sedar mahupun tidak. Selamat Hari Raya 🙂

 

 

6 thoughts on “Raya Pertama 2015”

  1. cantik…
    lya last year dh purple… thn ni peach + brown…
    next year…tak tahu lagi.. biasa x plan..smpai masa nk beli kain brulah ada wrna pilihan..
    hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge