Raya kedua 2015

Raya kedua kami….

Biasanya raya kedua, kami akan pulang ke rumah mak dan abah mentuaku di Seremban. Awalnya nak bertolak pagi sikit tapi rumah mak aku dikunjungi oleh anak buah dan abang abah aku. So, tertahan sikit nak gerak awal. Kira sunyi sikit rumah mak aku raya kedua….adik Moon tengahmalam baru sampai Sungai Buloh. Tahun ni turn dia beraya di Pontian.

Abah, Pakcik Said dan anak buah serta cucu-cucu yang dah besar gajah….Kakak sepupu aku & anak daranya…

Abang dan adik 🙂 Comel kan….

Lepas layan-layan dorang, dekat pukul 11 baru kami bertolak ke Seremban. Kami ikut lebuhraya Lekaz…lekas kami sampai ke Seremban…hehehe…

Sebelum gerak ke Seremban, saja possing 4 beranak. Tengok muka Qayyum…sedih je….huhuhu….

Sejak dapat henpon baru ni, Pak Rashid rajin jugaklah ajak selfie-selfie ngan kitaorang. Terjebak ngan peel bini…hehehehe….kipidap…

Tak sampai setengah jalan ke Seremban, aku terpaksa beralih duduk kat belakang bila tengok muka Qayyum yang kelat menahan sakit. Masih tak kebah sakitnya. Aku sapu minyak panas dan pakaikan dia stokin. Kalau tak elok jugak, aku akan bawa Qayyum ke klinik kemudian.

Terima kasih tak terhingga buat #groupcopypaste yang selalu membuat hari risauku kembali ceria. Mungkin sepanjang puasa ni Qayyum rajin minum ais batu…tu yang buat kakinya ngilu. Memang nampak urat-urat dia timbul. Aku duduk belakang supaya dia rasa tenang dan selesa. Memang muka dia nampak tak larat dan menanggung sakit. What to do…..akupun tak bagi dia jalan sangat. 

Sampai je di Seremban, kami terus bertolak ke kampung mak mentuo den di Chembong, Rembau. Ini baru sebahagian adik beradik Pak Rashid. Meriah…..

Feeling-feeling kampung. Aku memang sukakan rumah lama camgini. Teringin sangat nak rumah sebijik camni…baru terasa kampungnya kan….

Qayyum pun suka style rumah camni….

Kami team coklat/biru 🙂

Anak dara den pun suka rumah lama-lama ni….

Rumah peninggalan arwah nenek mentuo den. Mak mentuo dan kakak ipar den yang comel…

Dengan biras dan ipar duai….

Sepupu-sepupu Qayyum belah Pak Rashid. Qayyum tak larat nak main-main sangat masa ni….

Adik ipar nombor 10 (bongsu)….

Kakak Balqis dah sama besar ngan mak nija dia….

Masa ni berayo kat Seperi, Pedas. Berlatar belakangkan gunung ganang…

Aku memang suka balik kampung mak mentuo sebab boleh tengok rumah-rumah klasik/lama dan makanan yang sedap-sedap yang selalunya induk akan masak 🙂 

Berakhir hari raya kedua aku di Seremban, Rembau, Chembong & Pedas…….sambung rayo  kek  Paya Jaras pulak 🙂

6 thoughts on “Raya kedua 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge