Raya Ketiga & Keempat 2015

Tahun ni aku amik cuti raya 4 hari je. Niat dari tahun lepas, kununnya nak cuti raya tahun ni seminggulah…tapi baki cuti ada 16 hari je lagi…pendam lagi hasrat nak cuti raya lama-lama. Sayang cuti…mana tahu ada kecemasan ke….berguna cuti tu kan….

Petang raya ketiga, kami pulang semula ke Sungai Buloh. Memang tak lama pun kalau beraya kat umah mentuo den sebab dah habis tawaf umah sedara-mara masa raya kedua tu. So, sambung balik beraya di Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya. 

Rindu ngan Roro. 4 hari tak jumpa macam 4 bulan pulak…hehehehe…

Tahun ni aku tak tempah baju raya berpasang-pasang sebab tak sempat (takde bajet..hehehe). Pakai je apa yang ada…
Masa ni sakit kaki Qayyum dah kurang sikit katanya….tapi nampak dia lemau je…diakan suka sembunyi sakit…

Raya keempat ada jemputan dari kawan Pak Rashid & sepupu aku kat Kelana Jaya. Biasalah…setiap tahun mesti sekaligus berkumpul beramai-ramai kat umah Kak Ngah dan Abang Nizam 🙂
Ya! Tuhan…jadikanlah kami keluarga yang bahagia dan anak-anak soleh dan solehah dan diberkati selalu….amin.

Ada yang tanya, jubah-jubah tu aku beli ready made ke? Aku tempah kat tailor bangla aku…hehehehe…cantik kan? Rasa macam nak meniaga jubah pulak…ada yang berkenan ke…kekekeke…

Cerita kelakar masa beraya kat rumah kawan Pak Rashid. Ada ke patut aku pun dapat duit raya. Patutlah isteri kawan Pak Rashid tanya mana mak? Kim salam ngan isteri ye….Rupanya, makcik tu ingat aku nipun anak Pak Rashid…..kekekekekeke….aku malu tahap gaban….tapi dit rayo tetap hambik…kekekeke…

Sambung raya ke Kelana Jaya pulak. Tuan rumah, Abang Nizam yang memang happening setiap kali datang beraya rumah dia. 

Bini tuan rumah. Kak Ngah ni sepupu aku. Terima kasih kak ngah atas layanan yang superb dan makanan yang sedap bangat 🙂

Sebabagian keluarga #IB ClansAtas permintaan sepupu kami yang jauh di Sungai Petani, Dik Not & Aziz (kanan) lah…Kak Ngah & Abang Nizam repeat stemboat. Aku yang tak berapa nak suka, jadi suka plak 🙂Lagi warga #IBClans

Laki bini yang memang superb…

Laki bini ni pulak menyibok kat dapur orang.

Lepas ni rumah kami pulaklah kena serbu. Adat beraya. Kita datang rumah orang, jemput orang pulak datang rumah kita kan. Janganlah asyik tanya open house orang je tapi bila kita nak beraya rumah dia…seribu alasan bagi plak kan….kekekeke…jangan mare ek…aku pun sama kekadang tu…Mak kata…tetamu yang datang tu pembawa rezeki. Patutlah mak ngan abah aku murah rezeki selalu…

Buat Abang Nizam & Kak Ngah…jutaan terima kasih atas jemputan dan makanan yang sedap sangat. Dari tak tahu wujudnya aiskrim lime ngan kelapa terus jadi tahu…kekekeke….best sangat. Semoga Abang Nizam & Kak Ngah dimurahkan rezeki dan diberkati selalu.

4 thoughts on “Raya Ketiga & Keempat 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge