Geng Copy Paste Beraya

Raya kesepuluh, beraya bersama #gengcopypaste di area Saujana Utama, Sungai Buloh. Dah jadi rutin setiap tahun plak baraan raya kami ni. Cumanya, tahun ni takde baraan ke rumah aku pada hari yang sama disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. I am Sorry ….

Tahun ni macam biasa, baraan bermula ke rumah Fita yang terletak di Bukit Saujana. Sampai-sampai je dah terbau Bakso. Memang meletops keboooo Bakso Fita….sedap sangat…Paling happy dapat jumpa Tengku Melanie (baju biru) setelah berbelas tahun tak jumpa. Akhirnya dapat jumpa Mel yang humble dari dulu lagi….masih manis masih cun….                                               Masa ni aku tak sampai lagi sebab Pak Rashid kojer….

Dari kiri : Salina, Fita, Mel, Isma, Mona, Aku. Yang duduk dari kiri : Iwan & Fazli. Lily dah balik masa ni sebab lepas ni kami nak tuju rumah dia pulak 🙂 Ramai lagi yang tak dapat join sebab kekangan masa atau mungkin dorang ni sombong….huhuhu…

Terima kasih tuan rumah (Fita). Memang ko punya bakso meletopssss…..

Jom beraya rumah bestie aku pulak, Puan Lily di Saujana 2 pulak 🙂Bekas gadis-gadis idaman SMBG satu ketika dahulu….kekekeke…bagi kami, kami tetap rasa kami sweet 17…kekekeke…
Ada penambahan geng dan kekurangan Geng Baraan tahun ni…kalau lengkap semua Geng Copy Paste pasti lebih meriah… Tambah lagi sorang #GengCopyPaste (Ajim). Bespren aku jugak ni…dia kalau tak join memang kena maki setahun…hehehehehe….

Bestie ….

Bespren dari dalam perut. Terima kasih banyak-banyak Lily sudi bagi kami bertandang ke rumah. Roti jala ko memang mengancam…sedap sangat 🙂

Keluarga aku pun turut beraya rumah bespren aku ni….sayang ko ketat-ketat 🙂

Rasa tak puas menyembang ngan dorang ni sebenarnya. Walaupun duduk dekat-dekat tapi nak jumpa punyalah payah. Setahun sekali jelah boleh jumpa macam ni.

Hujung minggu kami akan berbalas kunjungan pulak ke rumah yang belum beraya. Alhamdulillah, murah rezeki tuan rumah yang menjemput kami beraya. Tapi….punahlah diet aku….lepas rayalah baru diet balik kot…huhuhuhu…

Pada yang nak pelawa datang rumah tu…roger-rogerlah kami…Pada yang tak dipelawa pun jangan sentap plak…nanti kita berkunjung balas ek 🙂

Menarik Tertarik : Jom Terbang Lagi. Klik Sini…Ada Diskaun Untuk Tiket Kapal Terbanglah

2 thoughts on “Geng Copy Paste Beraya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge