Member Datang Beraya

Jumaat lepas, giliran rumah aku pulak menerima kunjungan balas Geng Copy Paste 🙂 Dah jadi rutin sejak tahun lepas…kami berbalas kunjungan raya. Takde niat pun nak pilih-pilih kawan yang nak datang beraya ke rumah aku. Kebetulan Wasap Geng Copy Paste ni semua geng satu kelas masa form 4 & form 5 dulu…geng satu kepala…so mudah nak buat baraan….

Dan aku memang tak buat open house pun. Style aku, sapa nak mai..bagi tahu awal-awal supaya aku boleh prepare apa yang patut.

Menu untuk member aku beraya kali ni aku masak sendiri tau. Semua ramuan dan bahan aku sediakan…Pak Rashid tukang masak je….kekekeke…Percaya tak??

Antara menu raya aku, Meehon Singapore,  Lempeng Cecah Sambal Tumis, Roti Sosej Berapi & Salad Buah 🙂Sorilah geng, aku tak sempat nak membakar Kek Coklat buat korang. Aku buat desert Chessekut je…resepi boleh tengok sini Biskut raya aku buat sendiri tau…sedap ke idak janji jimatttt…..

Antara member-member aku yang datang awal….Fazli & Fita 🙂

Tak ku sangka bespren aku masa zaman sekolah dulu (Ijam & Rehan)…sudi datang rumah aku…terharu sangat….

Rasa tak cukup masa je bila berkumpul begini kan….

Antara Geng Copy Paste yang sudi datang rumah aku 🙂

Tq jugak pada sahabat dari sekolah rendah (Mala sekeluarga) sudi singgah rumah aku….

Yang tinggi Ijam dan yang pendek tu Iwan. Rasanya dorang berdua ni memang lama dah tak jumpa…..melepaskan rindu memasing. Bila jumpa…memasing menggamit kenangan zaman sekolah. Memang seronok bila teringat….Iwan ni antara feveret pelajar yang selalu aku ambil nama. Aku kan pengawas….tapi ambil je lebih…ada dua tiga kali  bagi kat ketua pengawas. Dah kawan-kawan kan….saling payung memayunglah…hehehehe…

Bila kawan karib bertemu….hingar bingar jadinya. Kami dulu ada 5 sahabat baik dalam kelas 4A2 & 5A2. Kami berlima memang dikenali bespren kat SMBG tu….Aku, Lily, Ijam, Azim dan sorang lagi Epot yang susah kami nak jumpa. Memang pi mana-mana pun mesti kami berlima. Macam-macam kenangan pahit dan manis dah kami tempuhi. Semua tu jadi kenangan paling manis buat kami berlima. 

Dua akak pengawas yang selalu catit nama brader ni. Boleh dia kata, kenapa kitaorang nampak pendek sedangkan masa sekolah dulu…kami nampak tinggi…huhuhu…mentang-mentang ko dah tinggi kan wan…berlagak plak. Tapi memang dalam group kami kalau takde iwan ni…mesti tak meriah group wasap kami. Dialah tukang kacau….sepuluh kali kutuk dia pun takde hal…

Terima kasih buat Geng Copy Paste yang sudi beraya rumah teman ye….semoga acara ini akan dijadikan amalan setiap tahun. Semoga ikatan persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir hayat. Sayang korang ketat-ketat 🙂

Pada yang tidak dapat join baraan raya tahun ini, sila cuba lagi tahun hadapan ek…. 

Menarik Tertarik >> Dapatkan Voucher Percuma Untuk Produk Terkini Vaseline Disini!

4 thoughts on “Member Datang Beraya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge