KUNJUNGAN SAUDARA MARA BERAYA

Aku memang ada rumah aku sendiri. Tapi memang laki bini ni suka bertenggek rumah mak dan abah aku di Paya Jaras tu. Laki aku yang dulu selalu ejek aku suka duduk bawah ketiak mak aku, last-last dia gak suka tumpang sekaki…kekekekeke. Alasan kami sebab jalan kat Saujana Utama ni selalu jem pagi-pagi…dek sebabkan malas nak bangun awal sangat sambil terkejar-kejar nak hantar budak-budak ke sekolah…baiklah kami menumpang lagi di rumah mak abah aku…ngeeeee….sambil kumpul duit nak buat sebijik pondok buruk di tanah abah aku satu hari nanti. Aku memang kampung sikit. Bila duduk rumah taman ni jadi perakkk sikit. Susah nak adopt. Pak Rashid pun jadi terikut. Kalau kat umah mak abah aku..bebas nak keluar masuk. Ko jerit serupa tarzan pun takde hal….hehehehe….so kampunggggg kannn….

Disebabkan aku yang jarang ada dirumah sendiri, maka sapa-sapa yang nak datang beraya rumah aku…haruslah bikin appoinment dulu. Bukan bajet busy tapi nak bajet masa supaya senang aku nak kemas rumah dan masak apa yang patut dulu….

Jika sebelumnya #GengCopyPaste datang….dah alang-alang balik rumah, aku panggil IB Clans plak.

Menu aku untuk saudara mara aku plak, Bakso Meletops. Aku mintak resepi dari Fita. Tak taulah apa rasanya…hehehehehe….Bakso ni 100% aku yang masak. Pak Rashid cuma rasa garam je…hehehehe…Dia pun redha tak jadi chef tahun ni…kalau tak masing-masing nak tunjuk skill sapa masak sedap…dan opkoslah Pak Rashid kan…hehehehe…

Spaghetti, Nasi Impit & Rendang Ayam diponsor oleh adik dan mak aku….terima kasih uolsss…

Antara tetamu yang awal datang. Pengantin Baru (Is & Nieda)….

Mak aku, Makngah dan Cik Nah borak sakan…macam lama tak jumpa kan….hehehehe…

Pesanan Penaja : Jika berminat dengan Tudung Labuh Muslimah (Material Cool Lycra) macam mak & makcik aku pakai tu…boleh buat pertanyaan di ruangan komen. Sesuai buat muslimah yang sedang mencari tudung labuh.  

Wat lek…wat pis 🙂

Makan sampai kenyang ek…Qayyum plak tak berapa sihat hari tu…sakit perut…muntah…demam…kesian dia raya ni asyik sakit jek….

Kupu-kupu gorjes….tak pernah miss datang umah kita…thanks Mak Ita 🙂

Dengan anak-anak sedara yang makin besar dari Cik Lin….

Terima kasih buat jiran sebelah kiri, kanan, depan (takde gambar), anak-anak belaan mak (gambar) yang sudi datang beraya rumah kita 🙂 

Gambar kenangan kupu-kupu & The Matusan’s ClanEh..eh…#GengAkakGorjes ada penambahan genglah…hehehehe…welcoming kaklong kawasan yang sporting morting

Lorhhhh…ada lagi yang minat ngan #gengakakgorjes ni….#gengadikgorjes….ekekkekekeKurang sorang #GengAkakGorjes…tak sabar nak jumpa next week ngan kupu-kupu lagi sorang….

Terima kasih tidak terhingga dari akak dan Pak Rashid buat yang sudi datang beraya rumah akak. Memang konsep akak tak menjemput semua. Tak payah korang nak tunggu invitation special dari akak…korang roger-roger je akak dengan harapan akak boleh masak untuk korang tau…hehehehe….insyaAllah…akak sedesup balik rumah akak ni. Buat yang tak sempat datang tu…sila cuba lagi tahun hadapan ye…hehehehe…

Akhir kata, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin 🙂

Menarik Tertarik >> Saksikan Pengalaman Apabila Terpaksa Berjauhan Dengan Keluarga

10 thoughts on “KUNJUNGAN SAUDARA MARA BERAYA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge