RAYA BELUM HABISLAH

Alhamdulillah. Raya tahun ini makin ramai kawan-kawan yang menjemput datang beraya. Seronok sebenarnya, baraan raya ni….jika tahun lepas cuma kawasan di Saujana Utama je…kali ini kami ke Paya Jaras, Sg Serai dan Kundang pulak…

Kami mulakan Baraan Raya kami seawal jam 11 pagi bermula dari rumah Fazli a.k.a Abang di Taman Sri Buloh. 8 keluarga yang join Baraan Raya ni.

Pagi-pagi beraya rumah Fazli, bini dia hidangkan nasi buat kami. Memang sedap belako. Memang makan sampai lupa diet kot….hehehehe….

Cantik rumah Fazli 🙂 Suka aku tengok sambil tumpang bergambar….kekekekeke. Mona berangan nak anak kecik ke tu…hehehehe…ada jugak member aku beranak kecik lagi…hehehehe
9 sekawan je dapat join Baraan hari tu….Terima kasih Fazli (baju kuning) dan Ida sebab sudi jemput kami beraya…. 

Borak-borak dalam sejam…kami gerak ke rumah Salina pulak (Tudung merah bunga) di Sungai Serai. Lama tak jejak rumah Sal…dah lain semuanya…Sal jamu kami dengan meehon dan nugget yang sedap. Fita siap mintak brand nugget yang sedap tu kot…hehehehe…  Rumah ketiga kami tuju, rumah Isma (baju batik sarawak) di Sri Kundang. Isma hidangkan kami Nasi Ayam. Perghhhh!!! makan sampai muncit perut….memang pandai kawan-kawan aku masak sekarang ni…kekekekeke….

Sebenarnya, Isma bukan dari kelas kami (5A2)…dia sebelah kelas kami tapi masa form 3 kami sama kelas tu yang termasuk dalam group kami. Dalam group wasap kami ni…nilah orang yang selalu aktif pun. Yang lain stalker je lebih….Rumah Mona…rumah keempat (last) yang kami singgah di Kundang. Mentang-mentang dia tukang masak, macam-macam dia masak untuk kami. Ada laksa kedah, nasi kerabu, roti jala, ribena bandung, air asam boi….sedap plak tu…..

Sempat jumpa Kak Sal (baju pink) & Suhana (baju biru) yang tak jumpa dari last habis SPM. Nasib baik dia kenal aku lagik…hehehehehe…Masa ni member yang lain dah balik…kami lepak sambung citer nostalgia lama…kekekekeke…

Habis sudah baraan beraya #GengCopyPaste kami. Rumah sapa yang tak pergi lagi ek? Sila cuba tahun depanlah ek…hehehehehe…Ribuan terima kasih buat sahabatku yang masak sedap-sedap…yang layan baik-baik…sayang korang ketat-ketat 🙂 Panjang umur kita jumpa baraan Raya 2016. InsyaAllah…..

Menarik Tertarikh >> Dah Cuba Nasi Merah KFC ke? Jom Lihat Sedap ke Idak?  

5 thoughts on “RAYA BELUM HABISLAH”

    1. hari raya disambut kemenangan buat semua insan tak kira kaya atau tidak. Tak kaya pun…raya kena diraikan jugak…nak sambut raya ni macam2 cara…tak kiralah miskin atau kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge