Bincang-Bincang Kebajikan

Kebetulan dalam group wasap #GengCopyPaste ada bincang-bincang pasal kebajikan. Ramai geng aku yang berjiwa murni. Mungkin ada yang terkesan dengan kisah silam atau memang suka dengan kebajikan. Tak semua orang memiliki jiwa macam tu kan….

Pada mulanya bincang-bincang kebajikan ni diutarakan oleh salah sorang #GengCopyPaste iaitu Azim dan disokong sepenuhnya oleh Iwan. Dorang ni memang dah lama terjebak dengan badan kebajikan. Tak sia-sia ko suka lepak kedai Ah Kaw dulukan wan…rupanya ko suka peratikan masalah orang lain….

Tak semua orang suka dengan kebajikan ni. Aku minat jugak tapi lebih kepada belakang tabir sebab kalau nak aktif sangat, aku memang tak mampu sangat terikat dengan komitmen lain. 

Dalam #bincangbincangkebajikan ni, rupanya masih banyak nasib yang tidak terbela. Ada penderma tapi tak tahu nak derma kemana. Macam-macam lagilah….

ehsan gambar dari RKH

Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Selangor

Salah satu rumah anak-anak yatim piatu, anak-anak ibu tunggal & asnaf  yang memerlukan bantuan setiap masa adalah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKH). Disenggalarakan oleh salah seorang rakan sekolahku. Jika berminat untuk membantu RKH, boleh hubungi di Facebook Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

RKH ni salah satu tempat yang korang boleh buat kebajikan. Ada lebih dari 30 rumah kebajikan lagi yang memerlukan bantuan korang. 

Klik Sini Untuk Senarai 30 Rumah Kebajikan Yang Memerlukan Bantuan Anda.

Selamat beramal 🙂

2 thoughts on “Bincang-Bincang Kebajikan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge