Resepi Sosej Roll Mudah

Assalamualaikum…sebelum sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya kat opis aku ni, meh! hakak payung satu resepi paling mudah dan senang khas buat bespren hakak, Salina sementara raya belum habis ni 🙂

Kadang-kadang tetamu ni suka datang mengejut. Kadang-kadang tak sempat nak masak apa. Kadang-kadang buntu fikir menu untuk tetamu. Korang standby je roti, hotdog & tepung ajaib kat umah….  

Resepi Sosej Roll Senang Giler 🙂 Sesuai untuk semua majlis…

Korang mesti suka makan Roti Sosej atau Sosej Roll kan? Kalau dulu-dulu aku masak Sosej Roll ni celup tepung, telur ngan serbuk roti. Sekarang ni aku dapat resepi mudah dan senang dari akak sepupu aku, Kak Ngah. Lagi selalulah aku buat Sosej Roll…hehehehe…

Bahan-Bahan Untuk Sosej Roll

Roti (ikut suka hati)

Hot Dog 

Tepung Bestari (korang boleh guna perisa original atau pedas) Aku guna yang pedas sebab Pak Rashid beli yang pedas 🙂

* Tepung Bestari bukan sahaja untuk buat Sosej Roll. Boleh juga digunakan untuk pelbagai masakan terutama dalam goreng-goreng. Boleh letak ayam, sotong, udang atau apa sahaja. Tepung Bestari ni merangupkan gorengan korang.

Bahan-bahan yang senang nak dapat…kalau korang takde roller tu…boleh guna cawan je…

Cara-cara membuat Sosej Roll

 

  1. Belah 2 sosej tersebut.
  2. Lenyek roti sampai nipis dengan roller.
  3. Letak sosej dalam roti dan kemudian gulung.
  4. Masukkan beberapa sudu Tepung Bestari ke dalam mangkuk. Tambah air sedikit. Bancuh sehingga rata.
  5. Celup Sosej Roll tersebut ke dalam bancuhan Tepung Bestari dan goreng dengan api yang sederhana.
  6. Siap untuk dihidangkan. Boleh cicah dengan sos cili 🙂

Siap dihidang untuk para tetamu

P/S : Aku beli Tepung Bestari di Speedmart (RM10.90 kalau tak silap harganya). 

Jom Tengok >> Buat Peminat Kopi, Ketahui Cara Baru Untuk Kopi Anda Lebih Sedap

Jom Tengok >> Dapatkan Tiket Air Asia Serendah RM3 Hari Ini Juga!

14 thoughts on “Resepi Sosej Roll Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge