Baraan Raya Lagi

Terima kasih buat bestfriendforever kami, Ajim kerana sudi buat open house khas buat kami #GengCopyPaste di penghujung Syawal 2015. Walaupun kami tinggal berdekatan…waktu raya je pun nak jumpa sakan. Masih hangat rasanya keseronokan dapat berjumpa dengan kawan satu kelas dulu. Paling tak sabar, dapat jumpa kawan rapat masa dalam kelas dulu yang berapa tahun tak bertemu.

Dikesempatan inilah kami bertanyakan khabar berita, tips dan macam-macamlah kenangan yang menggamit kenangan.

Malam tu, Ajim hidangkan kami Nasi Tomato yang awesome sangat. Memang terbaik Nasi Tomato Ajim 🙂 Aku makan tambah sampai 2 kali…punah ranah diet aku….kekekeke…. 

Perempuan kalau berjumpa…macam-macam cerita ada…lupa laki terus…hehehehe 🙂
Raya jelah nak jumpa banyak kalikan…..lepas raya memasing sibuk balik…huhuhu…nasib baik ada group wasap…

Tumpang seri ibu mengandong…..lama tak jumpa eju…kawan satu kelas masa sekolah menengah. Teringat zaman sekolah dulu kalau kakak atau adik dia kahwin aku mesti gi sambil usha-usha pakwe Paya Gombak….hehehehe…

Sapa mamat gebu tu kan? Tak pernah ceritapun…..hehehehe….tungguuuuuuInilah kawan-kawan yang pernah sekelas. Ada yang satu sekolah masa zaman sekolah rendah. Ada yang satu sekolah masa zaman sekolah menengah…..Ada muka baru disitu…….heheheheheDengan orang rumah member-member #GengCopyPaste yang sporting morting. Maafkan kami jika tergedik sedikit tapi…itulah kami kalau berjumpa. Sakan borak sampai lupa orang kiri kanan. Terima kasih kerana memahami member-member suami/isteri korang ni. Nanti kita buat wasap ister-isteri Mak Jemah ek…..hehehehe…. 

Alhamdulillah. Selesai baraan terakhir #GengCopyPaste. Yang ditunggu-tunggu pun turut join. Yang tak dapat join, sila cuba lagi tahun depan. Bahagia rasanya. Terasa kembali zaman remaja dulu-dulu. Semoga ikatan persahabatan kita hingga hujung nyawa.

Menarik Tertarik : HotLink Menawarkan Internet Secara PERCUMA Sebanyak 3GB sebelum 30 September 2015. Dapatkan sekarang!

1 thought on “Baraan Raya Lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge