Syawal Terakhir

Cakkkkkk…..

Entri tercicir namanya…

Aku rasa tahun ni entri aku paling banyak adalah cerita pasal raya. Hari-hari Hari Raya kannn 🙂 kekekekekeke…jangan mare ek….tak suka jangan baca. Jeling je…..

Sabtu lepas, rumah terakhir aku beraya….rumah kawan aku dari sekolah rendah (Zila) & kawan merendek (Maslinda). Punyalah banyak menu sampai payah nak pilih nak makan mana satu…hehehehe…

Inilah kawan aku dari sekolah rendah. Memang kami berkawan baik. Teringat dulu kalau balik sekolah…kalau petang ada latihan sukan, aku malas nak balik rumah kena jalan jauh ke dalam. Disebabkan rumah Zila ni tepi jalan je…so lepak situ dulu baru pi latihan sukan sama-sama. Balik rumah kena pulun rotan ngan mak aku sebab tak cakap ngan dia…kekekeke…padan muka aku…..

Yang belah kanan tu Maslinda. Pun kawan baik aku dari form 1 sampai form 3 sebab kami sekelas. Mas ngan Zila ni bersaudara. Ingat lagi masa zaman budak hingusan dulu. Disebabkan aku ni jakun tak pernah tengok sawah bendang, aku follow Mas balik kampung dia kat Tanjung Karang. Naik bas dari Paya Jaras sampai Tanjung Karang. Memang aku teruja nengok sawah padi disekeliling rumah mbah Mas. Petang-petang lepak kat tali air. Ronda-ronda kampung naik basikal sambil usha-usha pakwe Tanjung Karang…kekeke….Seronok beb! Padahal mak aku punya merajuk tak bagi aku pergi. Dah aku ni degil kan….balik kena pulun lagi..Kelakar kalau direnung kembali….semua itu kenangan manis sangat. Sorri mak…..

Yang kiri tu Zairina. Kawan dari kecik sampai habis sekolah…jarang jumpa walaupun rumah mak dia dekat je ngan rumah mak aku. Dulu arwah bapak Zai ada kedai runcit. Satu-satunya kedai runcit awesome kat kampung aku. Aku paling suka kalau mak suruh pergi kedai. Boleh paw singgam sebagai upah. Pastu rajin jugak lepak rumah Zai sebab boleh dapat jajan free…hehehehe….seronok zaman budak-budak dulu jika dibandingkan zaman sekarang. Anak aku keluar depan rumah pun aku dah memekik macam tarzan.

Ingatkan dah habis rumah nak beraya…rupanya ada lagi…hehehe…ke rumah peguam manis kita Cik Nisa di Cheras 🙂

Dah 3 kali pergi rumah Nisa ni, pestime masuk rumah Nisa…hehehe…sebelum ni makan-makan kat beranda luar rumah Nisa je. Cantik dan kemas sangat rumah Nisa. Takde budak kecik kan. Qayyum tu mula-mula memang susah nak makan. Bila nampak makanan feveret dia (Roti Jala) terus nak makan berkali-kali…. 

Amik berkat pegang anak Saiy…peguamku yang vouge gitew…

Baru dapat jumpa dengan Baby Hana Sofea. Masa baru lahir tak dapat tengok Hana sebab kena jangkitan kuning. Comel & kiut je Hana ni. Sorilah…Mamalong tak beli lagi hadiah untuk Hana…tunggu tau….

Koleksi Botol Coca Cola Antarabangsa

Benda paling menarik dalam rumah Nisa. Adik dia memang pengumpul tegar edisi Coca cola. Semua oversea punya botol Coca Cola tu. Patutlah Nisa selalu beli air tin atau botol Coca Cola kalau pi oversea. Aku mula terikut gak start dari pi Beijing dulu. Takat ni aku baru kumpul 2 tin air Coca Cola dari Beijing & Vietnam (Sila Jangan Gelak)

Apapun, terima kasih atas undangan buat kami sekeluarga. Semoga semakin murah rezeki tuan rumah semua. Semoga ketemu di lebaran tahun depan jika diizinkanNya. Amin.

Tertarik Menarik Ke >> Lihat Sini Telefon Pintar Keluaran Terbaru Dari Samsung

1 thought on “Syawal Terakhir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge