Rumah Manis Rumah

Cakkkkkkkk…ngeh..ngeh..

Dah habis cerita pasal baju raya, kuih raya, menu raya, baraan raya, duit raya…last sekali aku nak citer bab rumah manis rumah raya plak walaupun dah habis raya…..hehehehehe….

Tahun ni tak banyak yang berubah pasal dekorasi rumah aku maklumlah…bukan hari-hari ada kat rumah pun. Tapi dah namanya #rumahakubukanrumahkau kan….terpulanglah mau jadi apa kan. Memang aku tak duduk selalu rumah aku, tapi aku adalah jenis yang suka tengok rumah sentiasa kemas, cantik mata memandang…dah terbiasa macam mak aku kot. Raya kali ni aku cuma add on apa yang patut je. 

Rumah aku memang takde konsep-konsep. Asal boleh je. Hentam saje. Dulu….masa mula-mula masuk rumah, Pak Rashid selalu cakap nak buat tema rumah ala-ala Jepun (mentang-mentang dulu dia chef jepun). Tapi aku awal-awal bangkang….bawak aku pi Jepun dulu…baru boleh buat rumah konsep Jepun. Tetttt!!! memang taklah kan…… 

Takde pelita, bubuh lilin pun boleh kan…..bunga orkid tu pelsu je…niat dihati nak beli yang asli tapi takut tak terjaga nanti….maklumlah…bibik balik US…..

Dekorasinya tetap sama macam tahun lepas…ingat nak beli console table...sementera letak meja bunga tu dululah….yang capuk-capuk tak taulah apa pasal…nyampah…

Meja makan ni nak let go lepas raya ni…ingat nak beli meja makan yang ada 8 kerusi pulak….tak muat nak duduk dengan keluarga yang besar tu….ada yang berkenan ke????

Tetap begitu jugak cermin dinding aku…..cuma tambah carpet gebu jek kat bawahnya. Ada yang berkenan tak ngan carpet gebu ku?? Aku jual gak carpet tu 🙂

Langsir dah 2 tahun tak tukar…hehehehehehehe…nasib baik tingkap ada 2 je…dibuat tingkap banyak macam rumah mak aku…*pengsan*Dekorasi ruang tamuku yang sekangkang kera ni bertemakan hitam putih. Aku sebenarnya tak suka sangat dengan warna hitam. Tapi alang-alang dah hitam…hentam sajalah….tak nampak kotor…cuma tambah bantal warna pinky berserilah sikit kan….

Begitulah serba sedikit pasal dekorasi rumah raya aku. Semoga menjadi inspirasi buat yang tengah cari-cari idea ruang tamu tu. Rumah aku biasa-biasa je. Asal boleh je konsepnya…hehehehe.

Aku ni cepat boring….aku dah start terfikir nak tukar warna plak…boring asyik hitam je…..tunggu next edisi dekorasi #rumahakubukanrumahkau ek….cowwwww cinnn cowwww…..stay tune 🙂

Panjang umur…jumpa lagi tahun hadapan 🙂 Mohon ampun dan maaf pada yang tak sempat beraya rumah aku. Raya…raya ni…tak payahlah tunggu tuan rumah jemput datang baru nak datang…datang je (call/pm/wasap dulu). 

Menarik Tertarik >> Dapatkan Disini Promo Merdeka Untuk Hotel Terpilih Di Penang Dengan Harga Yang Menarik

1 thought on “Rumah Manis Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge