Walimatulurus Zafirah & ZulHazrin (Part 3)

Majlis Persanding Zafirah & ZulHazrin

Pertama kali dalam keluarga IB Clans kahwin dengan pegawai tentera. Pertama kali juga peluang nak tengok orang kahwin lalu bawah pedang. Diringi dengan hujan renyai-renyai bagai merestui dua sejoli. Para tentera yang segak beruniform hero Malaysia tetap berdiri teguh mengiringi pengantin. Dah nama tentera kan…hujan ribut sanggup diredahi…hehehehehe….

 

Semua askar tu muka serius tapi tengok pengantin perempuan tersipu-sipu senyum manja…hehehehehe…walaupun hujan…tetap ku redahi…

Flower girls yang cute sangat….

Anak menantu arwah Ibrahim Lembut & Bibah Lembang 🙂

Kitaorang ni sepupu sepapat yang agak rapat dari kecik-kecik. Tulah kawan main masak-masak, main kawin-kawin, kawan gadoh-gadoh…pastu bila sorang sepupu ada kawan…seluruh kelurga turut kenal. Yang baju kuning tu Zetty. Kawan kepada sepupu aku (Ika)..dahtu berkawan plak ngan adik aku…jangkit kat sepupu yang lain. Last-last satu keluarga IB Clans kenal. 

Pantang nampak kamera…semua sakan possing….

Aksi spontan dari kupu-kupu 🙂

Dapat kameraman yang sporting…disuruh Geng Akak Gorjes menggedik..memang keje kamilah…hahahahaha…jangan marah ek!!!Selamat Pengantin Baru Pira & Hazrin. Semoga kekal hingga jannah…Mentang-mentang pestime tengok orang kahwin bawah pedang…lupa laki memasing…hahahahaha…jangan marah ek abang sayang….bukan senang nak amik gambar ngan adik-adik navy ni…hehehehehe….

Geng Akak Gorjes 🙂

Untuk pengetahuan, nama Geng Akak Gorjes ni saja-saja je pakat tulis secara kebetulan jer. Tak sangka melekat pulak. Geng Akak Gorjes terdiri dari sepupu dan sepupu ipar yang ngam satu kepala…yang kental jiwa raga. Kami berenamlah yang selalu poyo-poyo pun. Yang suka melaram. Yang suka fashion. Yang suka apa ko suka..akupun suka. Tettt!!! Ada je lagi kupu-kupu yang ngam…dorang tengah tunggu waiting list untuk di approve kan……kekekeke..Kami ni taklah gorjes manapun….takat nama main-main je pun. Janganlah ada yang meluat pulak. Ok bai 🙂 

Menarik Tertarik : Pernah ke Changsha? Dimana Changsha tu? LIHAT SINI

1 thought on “Walimatulurus Zafirah & ZulHazrin (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge