Majlis Berendoi Ahmad Farrell

Assalamualaikum….lama betul tak ke udara…maklumlah dengan cuaca yang agak berjerebu ni…badan naik lemau sampai otak pun jadi tepu. 

Alhamdulillah, Majlis Berendoi & Cukur Jambul Ahmad Farrell a.k.a Roro berlangsung dengan simple dan mudah. 

Hehehehehe….umur dah nak masuk 6 bulan baru nak bercukur jambul bagaikan….hehehehe…adik aku kan sibuk manjang…so, ambil kesempatan Cuti Hari Malaysia ritu kami sepakat buat kenduri kesyukuran sikit…Adik Roro pasrah dan redha didendangkan lagu marhaban lunak merdu dari geng nenek 🙂

Terima kasih buat Geng Marhaban PJD…Roro dah nak tunggang terbalik dalam buaian tu…ekekekekeke…Cakkkkkkkk!!!!!Permata hati Matusan Clans 🙂 kurang 2 orang lagik….
Menu simple lagi sedap dari Chef-Chef IB Clans. Memang meletops Nasi Ayam Cik Nah 🙂 Jual!Jual! Aiskrim Malaysia!!!!

Teringat zaman kecik-kecik…puas beli kat rumah Mak Uteh…suruh mak pulak buat…lagi banyak boleh makan…hehehehe…..Kalau berminat dengan aiskrim Malaysia ni boleh tempah ngan Along Aiskrim Malaysia 010 2579685 🙂
Semoga adik Farrell membesar bagai johan dan jadi muslim yang soleh….

Geng Akak Gorjes yang tak berapa nak gorjes sebab tak cukup geng…huhuhu…
Terima kasih buat salah sorang Geng Copy Paste sudi datang. Sorilah Fita…aku nyorok belakang ko bagi nampak slim skit…hehehehe…

Terima kasih jugak buat Kak Wanie sekeluarga sudi datang. Aku main random je jemput kengkawan…jangan marah pada yang tak dipelawa tu ek..

Thanks kupu-kupu, Kak Lin sekeluarga datang jauh dari Putrajaya…..muah cikedd 🙂

Thanks bff, Zila & Mala sudi datang 🙂Moksu kesayangan kami 🙂 Memadai bahawa kami sayangkan Moksu…..lebiuuuuuuu…..Mahukan koleksi shawl seperti Kaqlin pakai tu? Follow cepat-cepat Vanilla Jasmine Couture 🙂

Pelamin Berendoi : Ratu Mahligai Eksklusif

Make up : MUA Moon & Azie 

Shawl : Vanilla Jasmine Couture

1 thought on “Majlis Berendoi Ahmad Farrell”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge