Masih Popularkah Permainan Senapang Getah?

Korang pernah ke main Senapang Getah?

kaqlin pun tak pernah…..yelaa….kaqlin kan bajet wanita ayu…malulah nak main perang-perang ni kan…

Seingat kaqlin, budak-budak lelaki main-main perang…kami budak-budak pompuan yang control ayu ni main masak-masak…kekekeke…syok giler masa tu….

Tetiba masa melepek demam batuk ritu, Pak Rashid ngan Qayyum sibuk bertukang…ingatkan nak buat wardrobe untuk kaqlin ke? Rupanya tengah buat Senapang Getah untuk anak bujang dia.

Selama ni memang kaqlin tak pernah pun tunjuk ke cerita ke pasal Senapang Getah ni pada anak-anak Kaqlin…maybe pak Rashid yang ceritalah tu…Qayyum ni pulak memang suka bab DIY ni…

Entah bila pi beli kayu bagai…tau-tau dah siap Senapang Getah buatan Pak Rashid ngan Qayyum.

Bangga juga sebenarnya, biar dia tahu gajet zaman dulu-dulu….takdelah asik mengadap ipad ngan PSP dia jek… 

Hasil buatan sendiri Senapang Getah Qayyum. Zara pun sibuk ngadu ngan babahlong nak jugak senapang cam abang Qayyum…layan jelah….

 

Ni askar Korea ke Jopun? hehehehehe….

Tiba-tiba jadi popular pulak Senapang Getah ni…kawan-kawan Qayyum pun sibuk suruh apak/atuk memasing buatkan Senapang Getah…hehehehe…lagi seronok main perang-perang reramai….perghhhhhh!!!! 

Sebenarnya banyak lagi permainan zaman  80-an & 90-an yang best dan menarik. Nak dengan taknak je nak mainkan….zaman kanak-kanak cuma sekali….bergembiralah selagi boleh gembira….kadang-kadang kita kena biarkan anak-anak kita meng”explore’ macam-macam benda…dengan syarat kita kena pantau sekali…baru besttt…. 

Awas ye anak-anak! Kalau nak main Senapang Getah ni hendaklah main di kawasan yang luas..yang bebas dari orang ramai sebab kalau kau kena tembak perit gak walaupun getah jek…hehehehe…mak alergic getah tau….

Sekian, laporan kaqlin 🙂

 ➡ Tulisan Tangan Tercantik Yang Perlu Korang Lihat! 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge