Cermin Mata & Rabun

Tahap kerabunan kaqlin semakin terlampau pulak akhir-akhir ni….tak taulah sebab faktor umur ke…faktor pekerjaan yang saban hari menghadap komputer ke…atau mungkin faktor kesibukan menghadap telefon setiap saat…tetttt!!!!

Masa zaman sekolah tingkatan 4-5 dulu memang aku pakai cermin mata. Tapi pakai masa belajar je. Rasa berat plak bila spek mata bertenggek atas hidung tu. Dan aku tak suka kesan cermin mata kat hidung aku tu. Masa zaman tu..tak banyak pilihan cermin mata. Yang ado masa tu mesti nampak macam cikgu bedah je bila pakai cermin mata.Tak macam sekarang, macam-macam fesyen ado. Nak nampak budak nerd ado…ala-ala k-pop pun boleh…hahahahaha….

Mahu atau tidak, aku kena pakai jugak cermin mata. Takut nanti lagi mudarat kerabunan aku ni plak. Maka, pencarian kedai cermin mata murah lagi awesome bermula. Member opis aku (Kak Wanie), rekomenkan satu kedai cermin mata yang dia selalu tempah.

Lepas buat pemeriksaan mata, memang aku rabun cuma taklah teruk sangat. Aku kalau jalan-jalan, memang tak nampak signboard tulis apa. Kena kecikkan mata atau kena pegi dekat-dekat baru nampak. Lecehkan? Silau pun takde tapi kenapa aku rasa silau bila bawak kereta memalam…hehehe… Oklah! aku ngaku aku rabun….hehehehe…

Pilih punya pilih cermin mata mengikut citarasa aku, akhirnya aku jumpa yang berkenan. Terus rembat lepas tokey kedai bagi harga murah punya….hahahahaha…

Puas belek … puas cuba… akhirnya aku nak jugak cermin mata jenis cikgu bedah….Bukan jenama branded pun. Janji murah. Saja je pilih yang besar gedabak supaya nampak luas sikit pandangan….hehehehe…  Amacam? Macam k-pop tak kaqlin….hahahahaha…..

Nampak terang sikit dunia. Kalau tak pakai tu puas dok kecilkan bijik mata. Lepas ni takde sebab tak nampak orang lagi kecuali bila tak pakai cermin mata. Jangan syak kakqlin sombong plak tau 🙂

 ➡ Dapatkan GoPro Percuma Disini

Lepas ni nak buat Qayyum punya pulak. Dah 2 tahun cikgu suruh dia buat cermin mata sebab bila check mata kat sekolah, Qayyum rabun. Kalau korang nak buat cermin mata macam aku, boleh pergi kedai Eye View Optical Centre di Kompleks Pertama. Alamatnya seperti dibawh :-

Eye View Optical Centre
G73, Tingkat Bawah
Kompleks Pertama
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur

 ➡ Lihat Dapur Idaman Anda Disini

14 thoughts on “Cermin Mata & Rabun”

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih atas info.. Saya sedang berada di kedai nie.. Layanan yang baik.. Dan siap bagi penerangan detail lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge