Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Kering

Sebenarnya dah lama mengidam  nak buat Sambal Kering Ikan Bilis Petai. Dah banyak kali tengok orang tayang kat FB dan Ig…sampai meleleh air liuq kaqlin tau..

Time weekend barulah ada kesempatan nak buat sebab teringin tahap gaban punya pasal. Maklumlah, kaqlin kan malas masak…berkurunlah nak tunggu masak kan…

Bila tayang sikit kat IG & FB kaqlin..tak sangka pulak ramai yang tanya resepi kat kaqlin. Kaqlin ni bukanlah terror masak sangat. Takat kena selera kat tekak keluarga…kira oklah tu..tupun puas paksa cakap sedap..sedap…hehehehe…

Kaqlin ni jenis masak campak-campak je. Mula-mula tu tengok gak resepi kat google tapi last-last main bedal je…hehehe…

Nampak sedap tak Sambal Ikan Bilis Petai kaqlin ni? Awas…pedas meletop tau…

 ➡ Lihat Sini Untuk Tebus Hadiah Menarik Dengan Kad Petronas Anda

Meh kaqlin kongsikan Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Petai ni buat korang…kalau korang buat tak sedap ke atau sedap sangat…kaqlin tak bertanggungjawab tau…:) pandai-pandai nak hidup…kekekeke…

Bahan-bahan :-

2 genggam Ikan Bilis

1 genggam petai (kaqlin potong kecik)

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang putih *

1 genggam cili padi *

Sedikit belacan

Garam dan perisa secukupnya

Kisar bahan-bahan *

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

2. Goreng bahan-bahan kisar dengan api yang sederhana sehingga garing.

3. Masukkan belacan, garam & perisa secukup rasa.

4. Apabila sambal telah garing, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan petai. Siap!!!

Kalau makan dengan nasi panas..bubuh kicap..perghhhh!!!!mak mentua lalu pun tak perasan…kekekeke…

Selamat mencuba ye kawan-kawan…kalau korang buay tak sedap jangan marah….cuba sampai sedap ek…hehehehe…

P/S : Ruangan Dapur Kaqlin ni saja je sebenarnya. Buat semak blog kaqlin..hehehe. Kaqlin ni taklah rajin atau hebat sangat memasak. Masak cincai pastu paksa orang cakap sedap…bolehlah…hehehehe. Manatau ada anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak nak memasak ke…bolehlah tiru resepi sempoi kaqlin ni. Ruangan Dapur Kaqlin ni jugak khas buat anak-anak kaqlin suatu masa nanti. Malas nak cakap banyak kali, suruh je dorang copy paste resepi cincai kaqlin disini. Tiada niat nak bajet macam pandai sangat (memang tak pandaipun), cuma niat nak berkongsi je. Kalau dah cuba tapi tak sedap, jangan maroh kaqlin pulak…hehehehehe…. 

­

10 thoughts on “Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Kering”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge