Resepi Maggi Goreng Belacan

Assalamualaikum. Salam Awal Muharram. Semoga tahun baru ini lebih memberi makna buat kita semua.

Dah breakfast ke belum? Sesekali makan maggi goreng syok jugak. Kalau korang takde idea nak buat breakfast pagi ni boleh cuba resepi sempoi kaqlin ni….

Maggi Goreng Belacan 🙂

Meh! Kaqlin kongsikan Resepi Maggi Goreng Belacan. Resepi campak-campak je ni…

Bahan-bahan :-

3 peket maggi

20 biji cili padi*

1 biji bawang besar*

3 biji bawang putih*

Sedikit belacan

Sedikit kicap

Sawi (potong kecik-kecik)

Sosej (potong kecik-kecik)

Kisar bahan-bahan *

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing dengan api sederhana.

2. Sementara menunggu bahan tumis garing, rendam maggi dalam air panas. Toskan.

3. Masukkan belacan, kicap, garam dan perisa secukup rasa.

4. Apabila sudah garing, masukkan sayur sawi, sosej dan maggi. Gaul rata. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba kawan-kawan 🙂

 ➡ Chef Wanita Yang Cantik Dan Pandai Masak. Ketahui Disini!

P/S : Ruangan Dapur Kaqlin ni saja je sebenarnya. Buat semak blog kaqlin..hehehe. Kaqlin ni taklah rajin atau hebat sangat memasak. Masak cincai pastu paksa orang cakap sedap…bolehlah…hehehehe. Manatau ada anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak nak memasak ke…bolehlah tiru resepi sempoi kaqlin ni. Ruangan Dapur Kaqlin ni jugak khas buat anak-anak kaqlin suatu masa nanti. Malas nak cakap banyak kali, suruh je dorang copy paste resepi cincai kaqlin disini. Tiada niat nak bajet macam pandai sangat (memang tak pandaipun), cuma niat nak berkongsi je. Kalau dah cuba tapi tak sedap, jangan maroh kaqlin pulak…hehehehehe…. 

6 thoughts on “Resepi Maggi Goreng Belacan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge