Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran HOMST

Jalan-Jalan Cari Makan kali ini, aku memilih Restoran HOMST. Aku belum pernah makan di Restoran HOMST ni. Adik Moon yang ajak sebab dia memang suka makan ala-ala cina ni. Tu pasal muka dia ala-ala cinapek…hehehehe…

Restoran HOMST merupakan sebuah restoran masakan cina muslim. Kami pi Restoran HOMST, Kota Damansara. Restoran HOMST berdekatan dengan Sunway Giza.  Senang je nak cari…..nampak Public Bank Kota Damansara…nampaklah Restoran HOMST. Rancang waktu sebelum nak pi makan tu sebab kawasan situ agak padat, agak sesak dan takut ramai orang pulak…

Alhamdulillah, tak ramai sangat orang masa kami sampai tu…

Dua kali pusing-pusing baru dapat parking. 

Tips cari parking : Tunggu je kat area Restoran HOMST tu…nanti adalah orang nak keluar parking…korang cepat-cepat rebut parking…hehehehe…

Servis di Restoran HOMST memang tip top! Tak sampai 10 minit..makanan yang kami order dah sampai….memang terbaik!!!Mungkin tak ramai orang kot…hehehehe… 

 ➡ Siapa Kata Perempuan Lawa Tak Pandai Masak? Tengok je 8 Chef ni, dahlah lawa!hot lagi! confirm cair!

Qayyum punya kegemaran sekarang ni….Nasi Goreng Cina

Mee Wantan untuk Pak RashidCantonese Mee pilihan Adik Tengah…

Meehon cinapek (den lupa nama mee apa ni plak) kegemaran Adik Moon…direkomenkan untuk cuba 🙂 

Aku dan nasi memang takleh dipisahkan…bila gemoks menggelabahkan….hahahaha. Daging Black Pepper.  Rekomen jugak  🙂 

 

Kalau korang sukakan masakan Cina Muslim, boleh cuba di Restoran HOMST . Harga juga agak berpatutan. Tak mahal tak jugak murah sangat…hehehehe…

Alamat Restoran HOMST Kota Damansara

No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134
Waktu Perniagaan : 11.00 pagi – 10:30 malam

13 thoughts on “Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran HOMST”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge