Resepi Gulai Ikan Saba

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat berhujung minggu 🙂 

Buat peminat makanan Jepun atau korea mesti dah tahu macamana rupa ikan saba tu kan…atau dikenali ikan makerel atau ikan sardin.

Kaqlin memang suka giler ngan ikan saba ni. Kalau pi Jaya Jusco…ops…Aeon…mesti makan bento ikan saba ni…memang sedap….

Haritu masa beli barang dapur kat Tesco, Pak Rashid yang nampak ikan saba. Terus amik 2-3 ekor sebab dia tau bini dia suka ikan sabar…hehehehe….

Balik rumah dok fikir-fikir nak masak apa pulak…nak di bakar macam malas je…lastly aku masak gulai jer…senangkan…

 ➡ Jom Tengok 8 Chef Wanita Yang Cantik & Hot Yang Famous! 

Lupa pulak kaqlin nak ambil gambar seketul Gulai Ikan Saba tu…hehehehe…

Bahan-bahan untuk Gulai Ikan Saba :-

2 ekor ikan Saba (dipotong)

Santan (sebiji kelapa)

15 biji cili padi*

1 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*

Sedikit serbuk kunyit

2 batang serai (dititik)

2 helai daun kunyit

2 keping asam keping

Garam dan perisa secukup rasa

Kisar bahan-bahan *

Cara-cara :-

1. Masukkan bahan-bahan kisar dan santan ke dalam periuk atau kuali.

2. Masukkan daun kunyit, serai, serbuk kunyit, garam dan serbuk perisa secukupnya.

3. Kacau hingga melegak.

4. Apabila melegak, masukkan ikan saba dan asam keping. Apabila makin melegak, tutup api.

Tips : Apabila masak masakan menggunakan santan, hendaklah dikacau sentiasa dengan api yang perlahan. Jika dibiarkan bimbang santan akan pecah.

P/S : Ruangan Dapur Kaqlin ni saja je sebenarnya. Buat semak blog kaqlin..hehehe. Kaqlin ni taklah rajin atau hebat sangat memasak. Masak cincai pastu paksa orang cakap sedap…bolehlah…hehehehe. Manatau ada anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak nak memasak ke…bolehlah tiru resepi sempoi kaqlin ni. Ruangan Dapur Kaqlin ni jugak khas buat anak-anak kaqlin suatu masa nanti. Malas nak cakap banyak kali, suruh je dorang copy paste resepi cincai kaqlin disini. Tiada niat nak bajet macam pandai sangat (memang tak pandaipun), cuma niat nak berkongsi je. Kalau dah cuba tapi tak sedap, jangan maroh kaqlin pulak…hehehehehe…. 

4 thoughts on “Resepi Gulai Ikan Saba”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge