Selamat Hari Jadi Abah yang ke 68 Tahun

Abah…

Dulu…kakak malu bila orang tanya pekerjaan Abah…

Abah cuma buruh am di Hospital Universiti…

Pastu kakak nyampah bila paip atau letrik orang kampung rosak…

Mesti dorang cari Abah…

Pernah kakak jerit “kalau takde api pergilah panggil LLN”

Abah marah kakak…

Walaupun Abah tengah makan nasi…walaupun Abah tengah tidur…

Abah akan cepat-cepat tukar baju…pastu terus pergi rumah orang kampung yang mintak tolong kat Abah tu…

Kakak marah Abah…

Abah dengan lembut membalas…dah tu keje Abah….

Kakak malu lagi…

Bila Abah kena korek jamban orang kampung…

Bila Abah berlumuih dalam longkang orang kampung…

Abah kata…itu cara Abah cari rezeki tambahan… 

Masa Abah mula-mula diserang ‘heart attack’…

Masa Abah kena buat ‘angiogram’

Kakak takut…kakak buntu…kakak tak tahu nak buat apa…

Abah selalu sorok sakit Abah…Abah jangan buat camtu lagi tau…

Kalau Abah sakit, bagitaulah anak-anak…

Kakak takut Abah…..

Tapi sekarang kakak faham…

Abah bukan nak duit sangat…

Tapi Abah memang suka tolong orang kampung…Abah kata lagi…itu cara Abah ‘exercise’…

Itulah Abah kakak…

Maafkan kakak…Abah…

Kakak selalu marah Abah sebab selalu culas makan ubat…

Kakak selalu marah Abah sebab selalu pergi mancing….

Kakak selalu tak suka bila Abah selalu buat keje ‘part time’ Abah tu…

Maafkan kakak sekali lagi ye Abah…

Alhamdulillah Abah…

Allah masih meminjam Abah buat kakak hingga ke hari ini…

20 Oktober 2015

Selamat Hari Jadi yang ke 68 tahun Abah…

Kakak hari-hari doakan agar Abah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Kakak sayangkan Abah…kakak marah Abah sebab kakak terlalu sayangkan Abah…

Terima kasih kerana selama kakak hidup Abah adalah Abah yang terbaik buat kakak dan adik-adik.

Abah…kakak sayang Abah…

p/s : sumpah aku sebak bila menulis tentang Abah aku…..

 

14 thoughts on “Selamat Hari Jadi Abah yang ke 68 Tahun”

  1. untungnya masih ada Abah.. sesekali rindu juga nak dengar suara lelaki yang dipanggil AYAH..
    anyway.. Selamat Hari Lahir yang ke 68 Pakcik.. semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa diber kesihatan yang baik.. 😉
    Zaza recently posted..Sharing is CaringMy Profile

  2. sebak jugak akak bila baca coretan Alin mengenai Abah Alin…. teringat Abah Akak di kampung…. huhuu

    Selamat Hari Lahir Pakcik… semoga di berikan kesihatan yang baik..dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur…Aamiin 🙂
    normi recently posted..Menu feveret : Kueteaw KungfuMy Profile

  3. sebak julia baca hasil nukilan kakak berkenaan dgn abah, moga Abah kakak dipanjangkan umur, apa pun pekerjaan Abah itulah rezeki dia buat kakak…doakan dia selalu sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge