Tentang Malu

Tentang Malu…

Maaf jika ada yang salah faham bila aku kabarkan yang aku malu dengan pekerjaan Abahku.

Aku bukan malu sampai rasa terhina tahap gaban sangat disebabkan Abahku cuma buruh am.

Tolong jangan salah faham!

Malu aku atas dasar zaman kanak-kanakku. Zaman yang aku sendiri tidak tahu erti sebenar buruh itu.

Zaman yang bila kena isi borang sekolah atau cikgu tanya pekerjaan Abah masing-masing..aku malu gak nak jawap..sebab Abah aku bukan kerja doktor ke askar ke cikgu ke…

Zaman yang mana bila Abah dia keje askar memang hebat sangat masa tu walaupun cuma askar prebet.

Korang mungkin tak faham….tidak mengapa…

Salahkah aku jujur dalam nukilan aku?? Tidak mengapa juga…

Bila meningkat dewasa malu aku semakin hilang bila aku tahu maksud sebenar buruh.

Malah aku bangga sebab Abah mempunyai kepakaran luar biasa.

Kami gelar Abah “Mat Bege”. Pandai bege-bege barang. Pandai repair macam-macam.

Itu Abah aku.

Dan aku tahu semua itu rezeki Halal untuk kami sekeluarga dan aku tidak mempertikaikannya. 

Tentang Marah…

Dan aku tak pernah marah-marah Abah aku macam cerita-cerita drama yang tengking-tengking Abah dorang.

Aku marah-marah sayang. Aku bebel. Sebab…Abah aku jenis degil sikit.

Aku sayangkan Abah aku…sebab tu aku marah-marah sayang. Bukannya aku marah sampai nak hempok kepala pun…

Aku faham…selagi ada Abah dan emak…kita kena hargai dan sanjungi sementara ada.

Itu yang aku buat. Aku ada rumah aku sendiri tapi aku masih mengendeng duduk rumah Abah dan emak. Sebab apa? Sebab aku sentiasa nak dekat dengan dorang. Aku nak tengok muka dorang hari-hari. 

Itu je nak bagitau. 

8 thoughts on “Tentang Malu”

  1. As-salam Alin,

    Biasalah.. budak2 kan Alin.. kawan2 suka mengejek sampaikan kita jadi malu pada perkara yang tak perlu.. Akak pun dulu lepas arwah arwah meninggal aku malu sebab dapat title anak yatim.. Bukan malu sebab ayah kita tapi malu sebab kawan2.. walau siapa pun ayah kita, mereka tetap kebanggaan dan kesayangan kita kan Alin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge