Resepi Nasi Goreng Cina Pedas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Dah idea ke nak masak apa? Meh! kaqlin bagi idea…sesuai untuk orang yang bekerja dan malas macam kaqlin tau…hehehe…

Kebetulan 2-3 menjak ni Firhan Qayyum terlajak suka pulak dengan nasi goreng cina. Demi anak, kaqlin gagahkanlah masak walaupun malas kan…hehehehe…

Cumanya, versi kaqlin ni versi tekak kaqlinlah kan…Nasi Goreng Cina Pedas namanya…. 

 

Amacam? nampak ngancam tak Nasi Goreng Cina Pedas kaqlin? 

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Pedas :-

Nasi putih 

1 biji bawang besar *

6 ulas bawang putih *

20 biji cili padi *

2 biji telur

2 mangkuk mixed vegetable

Garam & perisa secukupnya

Kisar bahan-bahan *

Cara-Cara :-

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan mixed vegetable.

3. Kemudian ketepikan sedikit bahan-bahan tumis tadi, pecahkan telur ditengah-tengah kuali. Kacau rata.

4. Masukkan nasi, garam dan perisa secukupnya. Gaulkan rata. Siap.

Senang kan? Kaqlin memang suka masak cincai janji kenyang perut. Selamat mencuba 🙂

 

P/S : Ruangan Dapur Kaqlin ni saja je sebenarnya. Buat semak blog kaqlin..hehehe. Kaqlin ni taklah rajin atau hebat sangat memasak. Masak cincai pastu paksa orang cakap sedap…bolehlah…hehehehe. Manatau ada anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak nak memasak ke…bolehlah tiru resepi sempoi kaqlin ni. Ruangan Dapur Kaqlin ni jugak khas buat anak-anak kaqlin suatu masa nanti. Malas nak cakap banyak kali, suruh je dorang copy paste resepi cincai kaqlin disini. Tiada niat nak bajet macam pandai sangat (memang tak pandaipun), cuma niat nak berkongsi je. Kalau dah cuba tapi tak sedap, jangan maroh kaqlin pulak…hehehehehe…. 

 

1 thought on “Resepi Nasi Goreng Cina Pedas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge