Port Luck Geng Copy Paste

Ahad lepas berjaya jugak rancangan geng-geng kelas aku buat port luck. Agak lama jugak merancang tapi tak pernah nak menjadi. Ada je seribu satu alasan. Alhamdulillah, walaupun tak cukup korum tetap meriah.

Masing-masing bawak bekalan masing-masing. Aku dan sambal memang tak dapat dipisahkan. Tu pasal aku cepat-cepat offer nak buat Sambal Udang buat kawan-kawan Geng Copy Paste..ngeeee…

Akukan suka masak benda yang senang. So,  Sambal Udang paling mudah bagi aku. Sedap atau tak belakang kira kan…yang penting aku yang masak. Ada pulak tak percaya kata Pak Rashid yang masak….hampeh betul. Nilah payah kalau laki terror masak…menci….Harap-harap kenalah selera geng hakak ek….

Tuan rumah yang baik hati menaja lokasi makan-makan kami, Fita. Fita pulak sediakan solok lada, nasi & air. Terima kasih fita. Semoga murah rezeki selalu sudi terima kunjungan kami.

Lily pulak bawak sandwich sardin, sandwich telur & hot dog. Banyak camtu sampai licin..siap boleh tapau lagi sambung makan kat rumah. Sedap 🙂 

Menu yang ditunggu-tunggu dari Isma. Dia ni walaupun bukan sekelas kami masa form 4 & 5 tapi dia rajin join kami. Rajin masak pulak tu. Seumur hidup, pestime makan Gulai Daging Minang. Sedap giler…

Tokei kita pulak bawak Ayam Percik. Perghhhh!!! Mona ni memang pakar macam-macam. Pakar masak. Sapa nak order katering boleh roger-roger Mona. Pakar Jalan. Sapa nak pi jalan-jalan keliling Malaysia, pun boleh roger-roger Mona. Semua tempat dia boleh bawak korang jalan 🙂

Adik (Adha) ni jarang join sebab ada anak kecil….tapi still bawak puding jagung & aiskrim Malaysia yang sedap…tu yang sampai terpejam-pejam mata ngantok ek…hehehe.. 

Satu-satunya geng lelaki yang join port luck kami. Iwan, memang sporting morting. Dia plak kami suruh bawak benda senang. Dia bawak ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang sedap sambal belacan orang kelantan ni….Inilah hasilnya gabungan lauk pauk yang kami bawak. Siap tapau lagik 🙂

Sebelum makan wajib bergambar dulu…bagi yang tak datang tu  tengok sambil meleleh…hihihihi….

Kecuali Isma dan Iwan, yang lain semua laki tinggal rumah…hehehehe…bukan apa…payah nak gosip-gosip pulak nanti. Takut asyik menjeling je….kekekeeeke…
Hanya kami bertujuh (sorang tengah tidokan anak) je yang join port luck #1, tapi riuh tetap riuh…..

Adik ni memang pendiam tapi dia layan je kekecohan kami…hehehehehe…

Kalau ada yang lain konpem lagi meriah kan  🙁 

 ➡ Kaya Selepas Kuruskan Badan? Tak Percaya? Baca Sini!

Ada masa kita buat lagi ek….aku tau aku hutang kelas buat kek ngan korang. Tapi korang taukan aku kan busy mengalahkan ‘Pakcik’ tu…hehehehehe…

Korang, sayang korang ketat-ketat. Semoga persahabatan kita kekal dan harmoni selamanya. 

Buat korang yang tak dapat join, janganlah sedih-sedih. Nanti kita rancang lagi ek….

11 thoughts on “Port Luck Geng Copy Paste”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge