Terharu

Kebelakangan ini hujan mencurah-curah bumi Malaysia terutama Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan!

Asal balik kerja je hujan mencurah-curah lebat. Bagi penunggang motorsikal, terpaksalah berteduh dari menahan titik hujan yang lebat.

Nak merungut atau nak bersyukur? Semestinya bersyukur. Alhamdulillah. 

Jerebu makin hari makin pulih. Penglihatan juga makin terang dari kabur dek jerebu.

Nampaknya, Allah maha mendengar. Doa kita diperkenankan oleh Allah. Terima kasih Allah.

Walau hujan mencurah-curah…balik tetap balik kan. Nasib baik ada baju hujan. Itupun tetap basah lencun. Redah je demi tak sabar nak sampai ke rumah.

Balik rumah…buka pintu bilik…ada kejutan dari anak-anak. Lega kepenatan rasanya sambil tersenyum lebar. Senyum lebar sebab pertama kali dapat suprise dari anak-anak selama jadi mak orang dan bapak orang ni. Terharu tahap gaban ni….huhuhuhu….

Macam tahu-tahu tali pinggang babah dah barai. Babah kan kedekut nak beli barang-barang dia. Macam tahu-tahu t’shirt Mama dah makin kecik 🙂

Terima kasih anak! Terima kasih kakak Balqis dan adik Qayyum. Terima kasih sebab guna duit untung bisnes kakak Balqis dan duit tabung adik Qayyum semata-mata nak belikan Mama dan Babah hadiah ini. Mama tahu..anak-anak Mama adalah anak-anak yang baik walau kadang-kadang menyakitkan. Terima kasih sayang 🙂

 ➡ Baca Sini Untuk Tips Pilih Pampers Bayi

Mentang-mentang Mama korang macam rimau…saja je kan pilih baju I’m Watching You! hahahahaha….

 

Kakak Balqis…Adik Qayyum…

Terima kasih sebab sudi memahami Mama yang kadang-kadang boleh jadi tarzan…tiba-tiba jadi pontianak…pastu berubah jadi ustazah jadian…Terima kasih jadi anak-anak Mama dan Babah yang baik..Terima kasih segalanya…

4 thoughts on “Terharu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge