Fenomena Baby Nenas

Satu ketika dahulu Fenomena Mangga Harum Manis pernah melanda Malaysia. Sekarang ni Fenomena Baby Nenas pulak sedang menghantui rakyat Malaysia..terutama akulah…hehehehe…

                    Image : Google

Inilah rupa Baby Nenas. Ada yang panggi Nenas Madu jugak. Setahu aku Nenas Madu yang selalu mak aku beli bila singgah Tangkak tu besar-besar. Yang ni jenis kecil comel je. Menurut risikan aku, asal usul Baby Nenas ni dari Thailand. Punyalah jauh nak mencari…huhuhu…

Zaman moden..jual apapun kalau cepat jadi viral..cepat jadi laku dan popular kan? Asalnya, member opis bagi rasa sorang sebijik Baby Nenas ni. Dahlah kecik…manis giler pulak tu….dah menangis nak lagi dan lagi….Alhamdulillah. Dapat jugak bagi keluarga merasa Baby Nenas ni. Satu plastik ni sekilo. Ada dalam 8-10 biji Baby Nenas. Yang kecik-kecik tu manisnya sangat alahaiiiii…..sedap sangat….aku ni semua benda sedapkan? hehehehehe…

Amaran : Buat yang sedang baru mengandong ke lepas bersalin ke lepas gugur ke….sila jangan terliur sangat tengok buah Baby Nenas ni. Anda dilarang untuk makan benda-benda tajam macam nenas ni. Tidak elok untuk kesihatan. 

 ➡ Menangi Voucher Free Zalora Dengan Mudah 

Jika korang suka atau nak merasa Baby Nenas ni bolehlah contact 014 9612939 (Ahmad)

6 thoughts on “Fenomena Baby Nenas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge