Patutkah Orang Lelaki Buat Kerja Rumah?

Satu hari, Qayyum tanya aku…

“Mama…orang lelaki mana boleh buat kerja-kerja rumah”

Masa tu aku suruh dia sidai kain…aku diam je sampai timbul idea…

“Orang lelaki dan orang perempuan kena pakai baju kan? So, kenalah sidai baju jugakkan? Qayyum senyum.

Perghhhh!!! betul ke jawapan aku tu? Padahal dah banyak kali aku suruh dia tolong sidai kain, angkat kain, lipat kain…entah kenapa tiba-tiba haritu dia tanya soalan pasal tu pulak….

Pada akulah…sama je kot. Dua-dua kena buat kerja tak kiralah anak lelaki ke anak perempuan ke..tu pada akulah. Aku mana pernah ada adik beradik lelaki. Yang ada abahku yang hensem tu je kat rumah. Abah pun rajin jugak tolong mak buat kerja rumah walaupun terpaksa sidai kain seawal pagi sebelum hari terang…hehehehehe….

Lepas kahwin dapat laki. Laki aku pulak jenis ringan tulang. Jenis suka menolong..walau kadang-kadang kena bagi arahan gak. Janji reti buat kerja kan..

Tak salah rasanya jika orang lelaki buat kerja rumah. Tak payah nak malu pulak. Tak payah pulak kata bini jadi Queen Control pulak. Yela…kadang-kadang kita dok sibuk kata laki kita pandai masak..laki kita pandai jaga anak…dah orang kata Queen Control plak. Tak baik tau…

Dah rezeki dia dapat laki rajin buat kerja rumah kan. Yang tak dapat tu maybe dapat kelebihan yang lain. Contohnya dapat laki kaya. Lagi senang. Upah orang gaji. Korang goyang kaki. Dapat kaki pancing, dapat ikan besar..dah jimat duit nak beli lauk. Dapat yang tak reti apa-apa tu…mungkin ada kelebihan lain kan…takkan nak cerita kot…kekekeke…tu semua bahagian masing-masing. Doesn’t matter maaaa….:)  

Aku pulak takdelah ajar anak lelaki aku masuk dapur. Menurun bakat babah dia agaknya. Tu yang rajin tolong aku kat dapur. Bukanlah selalupun dia serah diri. Kadang-kadang aku jadi tarzan gak sebab nak mintak tolong kat dapur…yang penting dia rela hati. Tiada paksaan.

Tapi anak perempuan memanglah kena turun dapur. Aku dulu-dulu darjah 6 dah pandai buat sambal tumis weiiiii….hahahaha…bangga giler…orang lain 7 tahun dah pandai masak macam-macam…kekekekeke…Akupun tak paksalah dia nak masak sambal tumis ke apa. Janji dia pandai yang basic-basic dahlaa….yang tak pandai tu boleh google je…macam-macam ada…sedap ngan tak sedap je kan…

Nasiblah kalau anak-anak buah aku datang rumah Mamalong dorang. Tak kira ko kecik ke besar ke…memang aku kerah tenaga dorang..kekekeke..

Tugas dorang ni bukanlah hari-hari. Selalunya hari cuti je aku mintak tolong dorang. Kalau hari sekolah aku tak kacau sangat. Tugas pun kena ada rotation. Kalau kakak Balqis sidai kain, adik Qayyum kena angkat kain pulak. Bergilir-gilir, so tiada pergaduhan mulut kelak.

Anak-anak pun bukanlah rajin sangat weiiii…takut pulak aku nanti kang kata cerita macam anak aku je yang rajin. Tak rajin manapun. Kena pekik baru nak buat. Kena marah baru nak cepat. Aku cuma nak sembang yang aku ajar anak aku buat kerja tak kira umur dan jantina je…Janganlah risau pulak kalau anak-anak korang tak rajin buat kerja…nanti dah besar…pandai-pandailah dorang nak hidup kan…

Kesimpulannya, memang patut sangat orang lelaki buat/tolong buat kerja rumah kan….kalau bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri pun memadai.  

Sekian.

6 thoughts on “Patutkah Orang Lelaki Buat Kerja Rumah?”

  1. Betul tu lin..laki ke pompuan ke sama jew..Tapi sekarang baru aku tau lin kenapa sambal tumis udang ko sedap sangat masa pot luck ari tu. Rupa-rupanye ko dah praktis dari umur 6 tahun erk!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge