Boku No Ita Jikan (Review)

Sudah lama tidak menonton drama-drama Jepun. Drama Jepun yang pernah aku tengok adalah drama Oshin dan 1 Liter Tears. So, kali ini terpaksalah melayan drama-drama Jepun pulak. 

Boku No Ita Jikan atau The Hours of My Life antara drama Jepun yang paling ngetop bagi akulah. Aku malas nak baca review sebenarnya tapi bila tengok muka mamat Jepun yang tengah sedih ni..aku dapat rasakan drama ni memang best.

Hero utama dalam drama Bo No Ita Jikan ialah Miura Haruma. 

Heroinnya pulak Tabe Mikako..dua-dua tak biasa tengok maklumlah selalu layan drama korea jekan…hehehe..

Drama Boku No Ita Jikan atau The Hours of My Life mempunyai 11 episod. Mengisahkan Sawada Takuto (Miura Haruma) seorang pelajar Universiti tahun keempat yang sukar mencari pekerjaan. Berpuluh-puluh temuduga dihadirinya namun gagal. Mempunyai 2 orang adik beradik. Anak sulung kepada seorang doktor yang juga pengarah sebuah hospital di Jepun. Ayah dan Ibunya terlalu inginkan anak-anaknya menjadi seorang doktor dan telah memberi tumpuan yang lebih terhadap adiknya Rikuto. Adakah Rikuto berjaya menjadi seorang doktor?

Takuto tidak mempunyai keyakinan bahawa dia akan dicintai dan dengan itu mengelakkan penglibatan emosi yang mendalam dengan sesiapa sahaja. Namun, suatu hari Takuto telah menolong Hongo Megumi (Tabe Mikako) semasa sesi temuduga. Sejak dari itu mereka mulai berkawan dan rapat. Mereka mula menjalinkan percintaan.

 ➡ Dapatkan Tiket Promo Murah Ke Korea Disini

Namun satu hari, Takuto telah dimaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup kerana dia menghidap sklerosis lateral amyotrophic (ALS), yang tidak boleh diubati, penyakit neurodegenerative progresif. Pada awalnya, Takuto telah menyembunyikan penyakitnya dari keluarga, kawan-kawan dan teman wanitanya Megumi. Takuto, memutuskan hubungannya dengan Megumi tanpa alasan yang kukuh. Takuto mula rasa putus asa. Mula takut dengan penyakitnya yang semakin melumpuhkan tubuh badannya.

Setelah 3 tahun berpisah dengan Megumi, akhirnya Megumi mengetahui punca sebenar mengapa mereka berpisah. Megumi pula telah bertunang dengan Shigeyuki Senpai (Saito Takumi), senior Takuto semasa di Universiti. Akhirnya, Megumi telah kembali kepada Takuto kerana cinta yang mendalam terhadap Takuto walaupun dia sedar Takuto mempunyai penyakit yang tidak dapat diubati iaitu ALS.

Apa yang jadi pada Takuto dan Megumi selepas itu? Saksikan sendiri.

Bagi aku drama Boku No Ita Jikan atau The Hours of My Life memang best. Drama ini sarat dengan semangat keluarga, semangat setia kawan, kesedihan tak payah ceritalah, mesej dan motivasi buat insan yang berpenyakit. Cuma ending je aku tak suka….overall memang best 🙂 

 

2 thoughts on “Boku No Ita Jikan (Review)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge