Shell Out IB Clans

Assalamualaikum….

Gara-gara Fenomena Shell Out sedang melanda, geram pulak tengok orang makan ketam besar ..udang sedap..meleleh air liur kaqlin tau. Bila kupu-kupu pun sibuk nak ber ‘Shell Out”..masing-masing tak sabar nak join jugak. Persoalannya, nak pi makan kat mana? Tak silap Restoran Shell Out yang tengah meletop tu kat Damansara. Tapi…..macam mahal dan tak berbaloi pulak. Aku bukan jenis kuat makan. Qayyum pulak tak makan seafood. Ermmmm…tiba-tiba kupu-kupu Pika cadang buat Shell Out bersama waris-waris IB Clans kat rumah je. Masing-masing mula merancang melalui whatsapp.

Akhirnya, Alhamdulillah…apa yang dirancang dipermudahkan dan menjadi jugak. Dapat jugak IB Clans ber “Shell Out” masa Hari Deepavali ritu. Bukan di Restoran Shell Out tapi di Villa Dato’ Sukeri dan Datin Zaiton kami 🙂 Persediaan pun tak lama, cuma kami diberi tugas masing-masing supaya tidak kelam kabut nanti (kelam jugak akhirnya..hehehe). Kali ini biar orang muda-muda je yang masak. Mak-mak duduk boleh duduk berehat jer.

Tugasan membeli barang-barang diserahkan pada Eika dan Moon. Semua barang basah cari kat Pasar Borong Selayang. Harga seafood ada yang murah ada yang mahal. Kami beli 6 jenis makanan laut, Sotong, Kerang, Ketam, Udang, Lala dan paling penting kenalah ada Scallop Shell baru ngam tema Shell Out kami….Biar orang muda yang settekan masalah didapur…hehehehe. Yang penting kerjasama masing-masing amat dihargai..Kami mula membuat persiapan nak masak dari  jam 5.00 petang. Masing-masing ada tugas masing-masing. Tak boleh ngelat ek…Alhamdulillah, kesemua makanan kami siap jam 7.30 malam.

Sebelum acara Shell Out bermula, kami solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Untuk pengetahuan, gambar ini bukan saja-saja diambil untuk keriakan ke kebongkakan ke…biarlah ini urusan kami dengan Allah. Kami gembira dengan cara kami bergembira sesama kami tanpa melupakan siapa Dia.  Menu Shell Out yang siap dihidang. Yummyyyy….tak sabar nak santap…Sebelum ber ‘Shell Out’ kita test apron dulu. Apron plastik buatan sendiri je…ramai rupanya waris IB Clans yang kreatif-kreatif….

test!test!..hehehehe

Feveret kaqlin isketambola…hahahaha…

Terima kasih buat Pakcik Sukeri sudi buatkan meja untuk kami ber Shell Out…Sebelum makan, selfie-selfie dulu….2 meja panjang pun tak cukup untuk kami…huhuhu…Mak-mak dan abah-abah…semua kena Shell Out atas meja makan…tak muat…..hehehehhehe…Dua orang kuat untuk acara Shell Out IB Clans…kuat makan…tettttt….wakakakaka
Habis makan sambung bergambar lagik….matilanak meroyan orang menengok kaqlin…kekekeke…Terbaikkkkk!!!! dari waris-waris IB ClansBukan senang #GengAkakGorjes nak berkumpul camni…sebab yang kanan tu jauh nun Labuan…..

Ada yang tanya…kenapa dalam banyak kupu-kupu #GengAkakGorjes ada 6 orang ni jer? Sebenarnya bukan nak buat kumpulan ke geng ke…cuma kami berenam ni agak rapat dan satu kepala…tu yang tiba-tiba wujud #GengAkakGorjes…kupu-kupu yang lain nak sekepala ngan kami berenam pun amat digalakkan…dengan syarat kena aktif…sebab kami suka huhahuha….

Yang tengak Acik Shikin bersama anak-anak manakan 🙂Tukang Masak, Tukang Cuci, Tukang Kemas, Tukang Karut, Tukang Kecoh semua di atas  😆 Pelapis Tukang Masak IB Clans….semua ada bakat terpendam….I Love IB Clans….

Berapa Bajet Untuk Buat Shell Out Sendiri?

Untuk 5 jenis seafood termasuk bahan-bahan masakan semuanya RM540 untuk 40 orang makan. Siap berlebih dan boleh tapau lagi. Murahkan?

Menu Shell Out

Ketam Masak Sambal Telur Asin

Butterprawn

Sotong Celup Tepung

Kerang Masak Sos Tiram

Scallop Shell Tiram

Creamy Lala 

Overall, memang Shell Out sendiri dirumah lagi seronok dan meriah. Masak sama-sama..kemas sama-sama..makan sama-sama…memang syokk. Bukan sahaja jimat malah boleh mengeratkan silaraturahim antara kami. IB Clans ni memang suka makan ke bercuti ke secara beramai-ramai…baru meriah katanya. Memang betul pun. Kalau salah sorang family tak join rasa kekurangan pulak….Alhamdulillah. Selagi boleh berbahagia…kita berbahagialah ek. Lepas ni cadangan nak buat Esso Out, Petron Out, Petronas Out….kekekekekeke…..

13 thoughts on “Shell Out IB Clans”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge