Hati Hero

Ya! Tuhan…Anak ini…anak yang selalu berlagak hero buat mamanya.

Semalam….

Ada hari anugerah kecemerlangan di sekolahnya malangnya anak ini tidak cemerlang tahun ini. Tidak mengapa. Akupun takdelah salahkan dia 100 peratus sebab silapnya dari aku jugak barangkali. Dua hari lepas memang dia tidak ke sekolah. Aku yang tidak bagi dia ke sekolah disebabkan ada latihan merentas desa. Awalnya, memang dia berkeras hendak sertai tapi aku melarang keras. Aku tidak mahu jadi selepas tahun lepas. Balik dari latihan merentas desa terus mengadu sakit kaki…lenguh-lenguh kaki…itupun puas dia menyembunyikan perasaan sakitnya pada aku.  

Jadi….

Semalam aku paksa dia ke sekolah jugak. Kataku…mungkin ada perkara penting ke cikgu nak bagitau? Dengan hati yang gundah gulana, dia tetap ke sekolah.

Semalam….

Selalunya jika lambat pulang mak akan call aku sambil menggelabah kata “Len..Qayyum tak balik sekolah lagi ni” tapi semalam mak buat dek pulak. Dari awal pagi aku sudah mesej Kak Mas (van sekolah Qayyum). Hampir lewat jam 2.00 petang baru Kak Mas call aku kata hari semalam dia tak ambil budak sekolah!!! Bagai nak gugur/jatuh/meletop jantung aku mendengarnya. Jam dah menunjukkan hampir 2.00 petang.

Ya! Allah…kesiannya anak aku menunggu begitu lama. Hati aku memang dah tak keruan di pejabat. Aku cuba call mak, abah, adik-adik aku…semua tak berangkat pulak…lagi bertambah gelabah aku. Cubaan call kali kedua baru dapat cakap dengan adik tengah aku. Aku mintak tolong dia amikkan anak aku kat sekolah. Ya! Allah…janganlah jadi apa-apa pada dia. Kesianya..

Masa tu…aku rasa nak balik je…time tu pulak bos aku panggil masuk bilik dia…Memang aku menahan segala rasa masa tu. Tapi aku tahu bos aku tu kadang-kadang tahu reaksi muka aku. Janganlah dia tanya lebih-lebih…mahu aku meraung dalam bilik dia pulak. Keluar je dari bilik bos aku terus call adik tengah…tak berangkat pulak…lagilah lemah lutut segala…jam menunjukkan 2.20 petang. Takkan lama sangat kot nak sampai sekolah…tiba-tiba bunyi wassap….

Alhamdulillah…Ya! Allah…syukur sangat…adik aku kata mula-mula dia cari kat pondok sekolah tapi tiada. Rupa-rupanya dia menunggu di tempat biasa Kak Mas jemput dia. Tempat tu pulak jauh sikit dari sekolah. Bila sampai kat rumah aku terus call dan tanya “adik tunggu lama ke? Penat ke?” Dia jawab “haah lama…penat…” alahai anak….rasa nak balik jam tu jugak….huhuhu….

Aku bersyukur jugak dia masih ingat pesananku, kalau van sekolah lambat jemput atau tak jemput langsung…tunggu sampai atuk ke, moksu ke, makngah ke atau waris-waris akan datang jemput. Dia masih ingat pesanku walaupun dia suka berlagak macam hero. Tapi dari riak wajahnya, dia selalu sembunyi perasaan sebab tidak mahu aku bersedih. 

Perasaan bersalah menghantui aku sangat-sangat (tapi sempat gak pi makan meatball sebab hati tengah sedihkan…haruslah makan) Terima kasih juga buat hamba Allah yang sudi nak bagi pinjam telepon untuk telefon keluarga. Maafkan mama kerana tidak menjadi mama yang sempurna buat adik…tapi mama akan terus berusaha. 

Lots of Love,

Mama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge