Apa Yang Menarik Bercuti di The Kabin Jeram?

Assalamualaikum…..

Ada orang tanya akak kembang…ok tak bercuti kat Jeram tu? Ada apa kat sana? Best ke The Kabin tu? Tak rasa boring ke sebab dekat sangat?

Okay…akak kembang jawab satu persatu ek…..

Sebenarnya, Selangor ni banyak tempat untuk bercuti. Ada Sepang Gold Coast (jauh sikit dari rumah akak kembang), Kelumpang, Hutan Lipur Lintang, Ulu Yam, Sungai Gabai, Sungai Congkak (akak kembang tak suka sungai sangat) tapi dalam banyak-banyak tu akak kembang terpanggil nak bercuti di Jeram sebab dokek jo ngan rumah den. Jalanpun straight jerrrrr…..hahahaha….

Apa Yang Ada Di Jeram?

Jangan tak tau, Jeram pun ada kampung dinamakan Sungai Buloh 🙂 Tu pasal bila aku cakap aku tinggal kat Sungai Buloh, orang kata jauhnyaaa….rupanya dorang ingat aku tinggal di Sungai Buloh Jeram. Jeram jugak terkenal dengan laut iaitu Pantai Remis. Yang akak kembang tahu dua resorts famous amous di sekitar Jeram dan Pantai Remis adalah Pantai Indah Seaview Resort dan The Kabin. Kalau ada yang lain mungkin hotel ataupun homestay (bagitau akak kembang kalau ada yang best lagi tau)

Sebelum check in di The Kabin, kita boleh menikmati panorama ciptaan Allah di Pantai Remis. Anda boleh terus ke Pantai Remis atau sekitar pantai-pantai yang ada di belakang hotel anda (macam Pantai Indah Seaview Resort dan The Kabin) 

Melihat hobi dan kegigihan pakcik dan makcik ni mencari remis dan aku lupa nak ambil gambar remis pulak….Pakcik ni kata, bila boring je dia akan mencari remis di situ. Romantiskan…
Boleh selpie-selpie…..Gambar family yang tak pernah nak menjadi sekarang nie….

Best tak The Kabin?

Jujurnya, akak kembang kata best. Anak-anak pun kata best. Memang terletak diceruk sedikit. Walaupun dekat sangat tapi kata nak tenang kan…..

Bilik ok tak?

memang superb walaupun agak sempit…takde telepon…hehehehe…sib baik bilik dekat je ngan reception…. 

Kolam bersih tak? Dalam tak?

Bersih sangat. Takat akak kembang yang pandai berenang-renang ikan ni lemas, still korang boleh selamatkan… hihihihi…paras dada akak kembang je kot….

Kawasan?

lagi superb…kawasan baru lagi…masih terpelihara….sapa kaki pancing memang sesuai sangat…jalan kaki jer belakang The Kabin ni…

Kalau korang model ke nak shooting gambar ke…memang banyak port menarik tempat sini. Tak percaya??? Tengok je gambar bawah tanpa kecaman tau ….

Ok tak akak kembang fefeling cam Che Ta? hehehehehe…ada tokoh tak akak kembang jadi model? Model melangut namanya…..kekekekeke….kasi can lah ek…..Ni kalau dapat minum air oren memang sedap….hehehehe…

Bab Makan?

Jangan risau, kat area Jeram dan Pantai Remis banyak kedai makan. Boleh ke Aroma Ikan Bakar dan kawasan skitar sebab ada banyak kedai ikan bakar sekitar Jeram tu.

Kalau korang lapar dan malas nak keluar? Makan je di Cafe The Kabin. Disebabkan cuaca hujan renyai-renyai dan kesian pulak dengan kupu-kupu Eika nak bawa anak-anak dia…kami makan je kat Cafe The Kabin. Ada free Wifi gitew….Cozy giler kot Cafe dorang….

 ➡ Nak Tahu Kedai Laksa Paling Sedap? Klik SiniTak payah pilihan di Cafe The Kabin ni tapi perut dah lapar dan disebabkan hujan kami bedal je. Balqis kata Chicken Chop The Kabin memang best 🙂

Makan depan pool…perghhhhh!!!!

Spaghetti Balonise pilihan Pak Ra Shid. 

Sambil makan chicken chop sambil berangan nak dapur ala-ala Cafe The Kabin….

Kemudahan yang disediakan di The Kabin

Turut disediakan perkhidmatan sewa basikal. Tak pasti berapa harganya. Kalau nak meronda-ronda sekitar kawasan The Kabin memang molek sewa basikal ni.

Bilik karaoke juga turut disediakan. Satu jam berharga RM50. Kalau ramai-ramai memang untung arrrr…hehehehe….Selain karaoke, The Kabin juga turut menyediakan bilik admin. Sesuai untuk Family Day atau Reunion.Jika anda ingin membuat Hari Keluarga ataupun Reunion, The Kabin menyediakan tempat BBQ. Berikut adalah harga pakej untuk BBQ/Biasa di The Kabin :-

BBQ – RM45 (dewasa) & RM35 (kanak-kanak)

Biasa – RM35 (dewasa) & RM25

Manakala untuk sarapan pagi pula :-

RM15 (dewasa) & RM10 (kanak-kanak)Pendek kata, semua best di The Kabin ni. Akak Kembang pasti merindui The Kabin…hehehehehe….

Seterusnya…selain jalan-jalan di Jeram, korang boleh singgah makan Cendol Bakar di Ijok ke…jalan-jalan lihat sanak saudara di Bukit Melawati ke atau singgah ke Tanjung Karang tengok sawah padi….

Akak kembang singgah Tanjung Karang tapi Tanjung Karang dah tak macam dulu…dah takde baju murah-murah…huhuhu….jom pi melawat sanak saudaralah….

Cakkkkkk……lama tak jenguk korang 🙂

Bukit Melawati, Kuala Selangor

Tempat wajib singgah jika ke Kuala Selangor. Tempat bersejarah negeri Selangorku yang tercinta. Tak jemu datang lagi dan lagi sedari kecik-kecik lagi. Jika hari biasa, kenderaan dibenarkan naik sampai atas. Jika hari Sabtu & Ahad, korang kena naik train yang disediakan.

Ramai peminat makku yang jelita…

Budak kenit pun tak takut monyet-monyet yang sentiasa kelaparan tu….

Yunos yang kecik ni lagi tak takut…..mesraaaa gitew….

acah-acah mesra gitew…..

Sekian sahaja cerita akak kembang tentang The Kabin | Jeram | Pantai Remis | Kuala Selangor | Bukit Melawati. Apa yang akak kembang ceritakan adalah dari hati akak kembang dan keluarga. Bukan nak up ke apa ke. Akak kembang buat ikhlas je takde pun bayaran dari mana-mana pihak. Akak kembang harap korang dapatlah info sedikit sebanyak tentang Percutian Best di Selangor. Maafkan akak kembang jika entri ini ada salah silapnya.

TIPS : Sapa yang suka jalan-jalan sana sini macam akak kembang boleh tengok CARA AKAK KEMBANG SIMPAN TABUNG JALAN. Mudah je caranya. Yang penting ketekunan korang je…:)   

 Jangan lupa follow Instagram Akak Kembang : MrsLittleVoice

20 thoughts on “Apa Yang Menarik Bercuti di The Kabin Jeram?”

  1. suka akak tgk akak kembang posing felling mcm che Ta… sgt the very2 cun ok…hahaaa

    best tgk suasana The Cabin… mcm tenang jer kan…. nnt jalan ke sana bole la akak kembang bawa ke The Cabin ye…heheee (bila taun la nak pi sana)
    normi recently posted..Menu simple hujung minggu…My Profile

  2. Laaaaa…akak kembang tinggal di Sg Buloh tu ke?
    Saya dulu 1st time lalu area tu, saya gelak…sebab nak jugak letak nama Sg Buloh ( kan dah ada Sg Buloh lain tu).

    Saya suka ke Jeram, sebab nakgi makan kat Aroma…hahaha.
    Cantik design The Kabin ni….pernah tgk before this, cuma belum sampai seru nak ke sana…dan tak tau pulak mereka siap ada cafe.

    Tg Karang tu mmg best utk port ambik gambar sawah padi. Dulu masa ke situ mmg ada 2 -3 couple tgk buat outdoor photography. Kat area situ pun ramai org meniaga buah mangga / jagung kan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge