Welcome 2016

Assalamualaikum……

Fuhhh!!! dah 2 minggu blog ni karam di lautan hijau…kekekekeke…biasalah…akak kembang kalau tenggelam memang makan masa nak  timbul kan…hehehehehe….

Cerita pasal #kaqlintraveltoJapan nanti kaqlin updated ek…meh citer tahun lepas + awal tahun ni punya cerita dulu.

27 Disember 2015, genap usia Firhan Qayyum 11 tahun. Biasalah, lahir hujung tahun memang muda selalu…kekekeke…nasib baik dah balik dari Jepun. Tak celebrate sangat pun. Dia memang dah request nak makan pizza. Alih-alih…babah dia belikan pizza makan kat rumah jer. Pepaham jelah kalau makan kat sana tentulah kopak apak kan….hehehehehe. Nasib baik dia tak kisah. Tapi tanya gak “Mana kek?”…..

Birthday boy muka senyum sebab dapat makan pizza kegemarannya….

Nak puaskan hati dia, beli jugaklah 1 slice kek. Biar dia puas hati….

Doa mama seperti selalu. Semoga adik sihat selalu. Semoga kaki adik makin kuat. Semoga adik cemerlang selalu. Semoga adik jadi anak yang berguna. Amin.

4 Januari 2016, bermulalah sessi persekolahan. Firhan Qayyum masuk darjah 6, kakak baby pulak masuk tingkatan 3. 

Sekejap je busuk mama ni dah besar. Tapi namanya darjah 6, hakikatnya macam darjah 2 je…Manjer je lebih…kalau kat rumah sikit-sikit nak peluk…sikit-sikit nak cium…tapi bila hantar sekolah…mama nak cium asyik ngelat jer…hehehehehe….

My Baby….rasa tua pulak mama bila kakak baby masuk form 3 nie….cepatnya masa berlalu….huhuhuhu….

Dan….makin peninglah mama ngan babah. Dua-dua anak nak exam besar. Tipu kalau mama kata kata tak mengharapkan kejayaan…sebagai seorang mama, seharusnya mama harapkan kejayaan besar buat kedua-dua anak mama. Hanya doa yang mama dan babah dapat berikan. Mungkin tahun-tahun sudah agak cuai, tapi insyaAllah tahun ni kita akan bergandingan berusaha keras demi satu, dua. tiga…atau semua A. InsyaAllah.   

8 thoughts on “Welcome 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge