Trip ke Jepun – Shinjuku (Part 1)

Assalamualaikum…..Ohaiyo Gozaimasu (Selamat Pagi)….

Sedang kumpul mood untuk mulakan travelogue akak kembang….bersedialah korang dengan entri akak kembang yang bakal berantai-rantai…yang makan berbulan-bulan baru nak habis…hehehehehe….

Sebenarnya tidak pernah terlintas, berangan dan waima dalam wishlist pun nak ke negara matahari terbit ni. Apa yang aku impikan cuma Korea jew. Tapi bila bos kata kita pi Jepun. Rezeki kami sebagai staff agaknya. Bersyukur sangat. Nampaknya Korea kena pi sendirilah gamaknya..

Rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk ke negara yang moden, maju dan di antara negara yang mahal. Bila bos start booking, aku seharusnya sudah mula menabung. Atleast, dapat beli frifge magnet Jepun pun jadilah kan…

Kami berada di Jepun selama 5 hari 4 malam. Singkatkan? Meh terus baca pengalaman Akak Kembang cukup ke tidak untuk mengembara bandar Tokyo yang besar bangat selama 5 hari tu…

Bertolak hari Isnin, 21 Disember 2015 dengan menaiki flight Japan Airline International (JAL) (code share) jam 10.50 malam.  Untuk pengetahuan, jika menaiki flight code share ni, bagasi tak boleh check in kat KL Sentral. Kena check in 3 jam sebelum berangkat di kaunter JAL di KLIA. Bagi mengelakkan apa-apa yang bakal terjadi, masing-masing ada ambil cuti dan half day. Aku pilih ambil half day jer. Kebetulan, Pak Ra Shid cuti haritu, aku balik rumahlah dulu. Boleh mandi ke apa ke dulu. Lepas tu Pak Ra Shid hantar kat KL Sentral je. Janji dengan Kerol, Nisa, Ad & Kak Wanie jam 4.00 petang di KL Sentral tapi aku lewat sikit. Biasalah, manja-manja dulu ngan Pak Rashid. 5 1/2 hari nak tinggal tu…hehehehe…Anak-anak aku pulak dah pos ngan adik Moon bawak dorang balik Pontian. Lepas beli tiket ERL yang ketika itu masih RM35 sehala (sekarang dah RM55), kami naik train jam 5.00 petang. 28 minit dah sampai berbanding jika naik kereta….lebih jimat masa dan wang ringgit.  

➡ 7 Sebab Korang Kena Bawa ‘Barang Baek’ Ini Bila Travel 

Wanita-wanita sado CLPG…hailah kaki…harap-harap bertabahlah di sana ek…hahahahhaha….

Bismilllah…

Bila naik flight malam-malam ruginya tak dapat skodeng kapal terbang…gelap gelita ….huhuhu….dahlah pintu JAL tu paling hujung sekali…..

Ruangan menunggu….macam takde orang Melayu jew….

Duduk bertiga dengan bos dan wife bos yang comel 🙂 Bayangkan dalam flight JAL tu hanya kami 9 orang je orang Melayu…hehehehehe…rasa kagum dengan diri sendiri plak…hehehehe….

Pramugari JAL ni pun ado yang tahap Obasan (makcik-makcik)…ingat MAS je….hehehehe…tapi baik hati Obasan nie…senyum jer….

Siap duduk…dah pasang tali pinggang keselamatan terus on skrin tv….bestnya….takyah tunggu lama-lama….mata dah ngantuk tapi sementara tunggu makan malam, baik layan citer Jepun jap…

Beberapa minit di udara, kami dihidangkan dengan makan malam. Padahal dah melantak burger Mc Donald kat KLIA tadi. Tima kasih Abg Su sudi taja dinner kami 🙂

Halal ke? Semestinya halal, bos aku dah siap-siap request ‘Moslem Meal’ untuk kami. Pramugari JAL pun memang siap tanda kat kerusi kami ‘Moslem Meal’. Boleh makan dengan riang gembira ye.

Lepas makan tidur kejap tapi macam tak lena sangat sebab ekon JAL mengalami masalah sikit katanya. Tapi aku berselimut jugak sebab aku memang jenis tak tahan sejuk dan bila tidur kena ada selimut tak kira panas ke sejuk 🙂 Sedar-sedar je dah masa untuk breakfast jugak. Dapat hotdog ngan muffin tak silap…lupa plak…hehehehe…mau tak mau ku telan jek buat pelapik perut.

Sebelum tu, jangan lupa isi borang sebagai pelancong tau yang akan diberikan oleh flight attendance

SubhanaAllah,

Dapat gak lihat matahari terbit walaupun dalam flight jew. Mesti Ojisan (pakcik) yang duduk tepi tingkap tu ingat aku jakun sebab asyik snap gambar matahari tu je….Ojisan dah biasa tengok, kita baru nak tengok…hehehehe…

Hari Pertama – 22 Dis 2015 

Japan Air Lines not bad 🙂sudah terasa bahang sejuk

Alhamdulillah, lebih kurang 7 jam perjalanan di udara, 6.40 pagi (waktu Jepun), kami mendarat dengan selamat di Narita International Airport. Kesejukan mula terasa tapi tidak sesejuk masa kami ke Beijing dulu.

Ya! Allah, aku bersyukur sampai ke negara yang memang tidak pernah terlintas untuk aku jejaki. Waima dalam mimpi pun belum mimpi. Bersyukur sangat. Terima kasih bos.

Lepas ambil bagasi dan melepasi pemeriksaan passport dengan imegresen Jepun, perkara pertama yang perlu korang buat cari kaunter Japan Rail Pass (JR Pass) untuk buat pertukaran JR Pass. Selepas keluar dari pemeriksaan passport, korang terus belok kiri. Nanti nampak kaunter pertukaran JR Pass yang signboard warna merah tu…tunjuk JR Pass sementara yang korang dapat dari Malaysia tu. Kemudian, kami diberi borang untuk diisi dan ditandatangani. Setelah selesai, kami diberi JR Pass yang lain. 

Borang yang perlu diisi dan JR Pass yang baru 🙂

JR Pass yang ada gambar Mt Fuji tulah yang akan kami gunakan sepanjang 5 hari kami di Jepun. Jangan hilang, beribu harganya tu….hehehehehe….

Disebabkan kami sudah mempunyai JR Pass, pihak JR Pass di sana akan memberi kami tiket untuk menaiki Narita Express untuk ke Shinjuku Station.

Kalau korang takde JR Pass, boleh je beli tiket Narita Express dan lain-lain train di mesin tiket. Bab ni korang kena mintak tolong orang Jepun sebab semua tulisan Jepun 🙂

Yey!!! dah boleh naik train ke Shinjuku….jommmm…opsss!!!!sebelum tu jangan lupa on Wifi 🙂

Inilah rupa pocket Wifi kami sepanjang 5 hari di Jepun kelak. Cerita bab Wifi akan ke udara tak lama lagi.

Cara Naik Train : Dari Narita International Airport ambil Narita Express 2 menuju ke Shinjuku Station [1 jam 85 minit] 

Muka menahan kepenatan menarik beg besar..huhuhuhu…

Kami booking JR Pass untuk Green Car (maksudnya tempat duduk yang reserved. Nanti kemudian aku cerita ek). Al kisahnya, dek kerana mengejar train pukul 7.47 pagi tu, kami tersalah masuk coach train. Coach kami sebenarnya bernombor 12. Sudahnya punyalah jauh nak sampai ke tempat yang kami dah reserved tu dengan menolak beg bosar tu….huhuhuhu….kata hakak sado kan…..

Baru nak lega duduk, ingatkan polis datang nak tangkap…rupanya tukang check tiket…hehehehehe…punyalah semattt bang check tiket ni….hehehehe…Sepanjang perjalanan menuju Shinjuku Station, aku tak lelap mata pun sebab terlalu asyik melihat permandangan yang indah Jepun…

Macam kita lalu highway pi utara lebih kurang. Ada sawah padi tapi sawah padi dorang yang lenmacam…tu pasal beras dorang sedap kot….

Akhirnya jam 9.32 pagi, kami selamat sampai di Shinjuku Station. Shinjuku Station merupakan salah satu stesyen train yang paling sibuk di Jepun. Mula kagum dengan pengangkutan orang Jepun. Penuh simpang siur. Penuh ribuan manusia. Penuh warna warni 🙂

Akak kembang belanje satu gambar 🙂

Mula hilang arah. Tengok papan tanda. Tak faham…huhuhu…Rakyat Jepun memang laju-laju jalannya…hehehehe….

Fuhhh!!! Sampai keluar peluh jantan tarik bagasi memasing….nasib baik sado kan…kekekeke… Kami cari jalan keluar tapi tak jumpa. Dah macam luncai masuk bandar pulak. Tugas pertanyaan kami serahkan pada Cik Peguam yang comel, Nisa. Dia lagi sado tau….tak percaya????

Tengok bawah…

*

*

*

*

*

*

*

sado kan?????

Di Jepun ni, memang susah nampak eksklator lebih-lebih lagi kat stesyen keretapi dorang. Kalau ada pun cuma beroperasi jam 10 atau 11 pagi nanti. Terpaksalah kami mengangkat bagasi yang besar tambah berat tu menaiki tangga. Makin terserlah kesadoan aku…huhuhu…nasib baik diiringi jejaka-jejaka sado jugak. Buat-buat muka kesian, terus dibantu…hehehehehe…..

Kami sebenarnya nak cari hotel penginapan kami. Kena seberang beberapa jalan baru sampai hotel kami. Heretlah lagi bagasi kami tu. Jangan ada naik tangga lagi udahler…..huhuhuhu…matilanakkkk 🙂

Masa nak lintas jalan menuju ke hotel tu, aku dok peratikan apesal ramai orang berkumpul tu? Ada free gift ke? (hahahaha…dasar nak barang percuma je akukan!) Rupanya orang dok hisap rokok. Di Jepun, tidak boleh merokok sembarangan. Ada zon khas buat perokok. Jepun sangat menitikberatkan aspek penjagaan udara dan kesihatan rakyat dorang tau. Kalaulah kat Malaysia ada zon khas buat perokok  dan vapers mesti tak ramai yang menyumpah orang hisab rokok kan?

Bangunan warna coklat yang ramping tulah hotel kami. Masa ni baru jam lebih kurang pukul 10.00 pagi. Waktu check in adalah jam 1.00 petang. Kami cuma nak hantar beg-beg kami je kat hotel. Takkan nak berjalan-jalan nak usung beg besar tu kan? Matilanakkkkk….hehehehe…

Setelah melintas banyak kali …

Possing depan hotel sebelum sambung jelajah Jepun. Cuaca agak sejuk tapi aku tak pakai long john pun…. Jumpa motor rare di Shinjuku 🙂Jumpa lagi …

Mencari tempat makan halal di Shinjuku. Tidak mudah ye tuan-tuan dan puan-puan. Anda dikehendaki mempunyai tahap kesabaran dan fizikal yang cukup kuat. Dah download hyperdia pun tetap tak jumpa kedai makan halal di Shinjuku….huhuhu…

Sebenarnya, trip kami ke Jepun ni adalah berkonsepkan backpakers. Nak ambil tour guide agak mahal. Berbulan buat research. Bab train memang aku tak faham. Pening kot kepala. Nisa dah sediakan itinerary berbasickan tempat yang kami nak pergi. So follow the flow

Korang tengok laluan penjalan kaki di Jepun ni…punyalah besar dan banyak cabang. Barulah best nak jalan sebab beg dah simpan kat hotel …

Bos ngan Nisa tengah godek-godek hyperdia. Kami  possing dulu ek…hehehehe….

Jalan dah jauh rasanya kedai tak jumpa-jumpa. Cari kedai lain kedai makan halal lain pulak jumpa. Bedal jelah sebab perut pun dah makin lapar. Kami jumpa Restoran Uskudar Turkish. Entri pasal restoran halal di Jepun nanti akak kembang buat entri lain ek….senang nak rujuk nanti…

On the way nak pi check in kat hotel, Nisa jerit “Kaqlin….tu LUSH…”. Memang tujuan utama ke Jepun nak cari sabun LUSH pon (sebut Lash tau…hehehe). Kiriman kakak Balqis. Sepuluh kali pesan. Ingat nak beli macam-macam…tapi bila tengok harga…ku pendam kan ajer. 

Produk LUSH ni ada macam-macam. Ada shower, shampoo dan yang paling menarik ialah sabun LUSH. Bentuk sabun di LUSH ni macam-macam dan kiut miut. Rasa nak makan pun ado. Aku beli satu yang bentuk bunjut tu (pink + putih tu) yang berharga 900 yen (RM32.40)…perghhhhh!!! Demimu anak, mak turutkan je sebab jauhkan nak beli….nanti potong duit belanjer sekolah tau.

Aku makin juling mata, takkan beli satu je. Tapi mahal plak. Sekali tengok ada yang murah jugak, terus tanya SA situ mana satu sabun yang paling meletop. SA tu tunjuk caramel. Aku cium…sedap gakkk…rasa nak makan. 100 gm berharga 500 yen (RM18.00). Dapatlah 2 ketul sabun LUSH buat kakak Balqis. 

Pastu dok tengok packaging sabun yang memang cantik giler. Rasa nak beli satu tapi disebabkan kekangan masa terus tak jadi dan menyesal sampai harini…huhuhu…sapa pi Jepun nak kirim weiiiii….

Gambar diambil semata nak tunjuk kat anak dara kat Malaysia, barang pertama mak beli adalah untuk anak dara mak. Bila whatsapp tanya cukup tak 2 ketul sabun LUSH tu…jawab kakak…cukuplah tu ma…bagus anak mak…hehehehehe…

Masa dah cukup untuk check in hotel. Nanti sambung lagi ek….

Mata Aimashou (Jumpa lagi…)

Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan 🙂 Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih 🙂

Baca sini >>

Trip Ke Jepun – Shinjuku, Harujuku & Shibuya (Part 2)

Trip Ke Jepun – Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3)

24 thoughts on “Trip ke Jepun – Shinjuku (Part 1)”

  1. Kena belajar jugak basic bahasa Nippon ni…payah gila kot gi sana, signboard pun semua tulis Jepun…mesin tiket tren takde tulis english…hahahaha

    Sabun Lush tu ada jual ke kat Malaysia?
    1st time saya dengar…nak try beli…hahaha

    Apa nama hotel tu ya?

    1. tak sempat nak belajar banyak bahasa jepun…huhuhu…tapi rakyat jepun mesra dan baik wpun kita ty dan drg tak faham reply dlm bi…
      hehehehe…Akak Kembang pun tak tau ada ke idak kat Malaysia sabuh Lush tu…yg glamer tgk org beli kat jepun ni tu yg cari

  2. Saya student belajar kat jepun, bulan mac ni saya balik malaysia cuti sebulan, kalau akak nak kirim barang lush saya boleh tolong bawakkan hehe. Boleh tengok insta saya jugak @lushandwhynot :))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge