Trend Fesyen Remaja Terkini

Hello peps! 
Tinggalkan sementara cerita Jepun Akak Kembang sebab nak bagi laluan entri khas buat remaja yang sedang mencari identiti diri dan style yang sesuai. Masa remaja nilah kita nak cari dan cuba segala fesyen yang tengah trending kan. Tapi zaman sekarang ada macam-macam fesyen yang up to date. Tak salah kalau nak mencuba.
Bila anak dara semakin meningkat remaja ni, aku sentiasa pantau dari segi pemakaian dan style dia. Bukan apa sebagai remaja yang bertudung kenalah pandai mix dan match pakaian agar nampak tidak keterlaluan. Silap haribulan takut jadi viral pulak kan….
Trend Fesyen Remaja Terkini
 
You know it’s good to talk about fashion with another fashion enthusiast. Seperti yang anda lihat sekarang ini, industri fesyen Muslimah semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen dan baru-baru ini, kita juga dikejutkan dengan koleksi Muslimah wear terbaru keluaran jenama hebat Dolce & Gabbana! Wow! jenama yang selalu aku idamkan masa anak dara dulu sampai dah jadi mak orang pun still suka tengok jenama D & C nie …
 

It was a big news girls! Ini menunjukkan bahawa fesyen pakaian Muslimah semakin berpengaruh dan permintaan atas koleksi pakaian Muslimah juga semakin meningkat tinggi. Ini adalah kerana kini semakin ramai golongan wanita yang lebih selesa mengenakan koleksi pakaian Muslimah yang rata-rata semakin mudah untuk ditemui dan lebih mengikut peredaran masa terutama sekali koleksi pakaian Muslimah untuk remaja yang amat trendy keluaran jenama-jenama popular.

Jadi, tahukah anda apakah trend Fesyen Remaja Terkini untuk mereka yang berhijab? Lets! Check it out!

z1
 Long Cardigans Phenomenon!
Jika dahulu hanya ada 1 rekaan cardigan yang basic, kini anda boleh menemui begitu banyak pilihan cardigan yang unik dan sesuai untuk digayakan ke mana sahaja terutama buat anak remaja. Dengan pelbagai pattern dan warna membuatkan remaja semakin versatyle selaras dengan tuntutan agama.
z2

Donning Muslimah dress on weekends.

Jika dahulu dress hanya digayakan apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis istimewa, kini terdapat banyak pilihan koleksi dress Muslimah yang boleh digayakan sebagai pakaian kasual anda di hujung minggu. Dress jugak amat sesuai untuk remaja supaya nampak lebih sopan dan ayu!

z3

The perfect combo … jeans and tees.

Kombinasi pakaian yang paling simple, praktikal, versatile dan evergreen! Fesyen ni amat popular dikalangan anak remaja zaman ini. Simple but nice!

z4

Loosen up with palazzo pants.

Dan untuk keselesaan yang berpanjangan pula, para remaja juga gemar menggayakan palazzo pants dan harem pants sebagai pakaian favourite mereka. Fesyen sebegini amat sesuai untuk bersantai juga.

Ok … cukup 4 trend fesyen remaja yang telah hot sekarang ni untuk korang jadikan rujukan dan contoh untuk berfesyen. Selamat mencuba muda mudi 🙂

 

3 thoughts on “Trend Fesyen Remaja Terkini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge