Trip ke Jepun – Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3)

“When traveling with someone, take large does of patience and tolerance with your morning coffee”

Assalamualaikum … Ogenki Desuka? (Apa Khabar) 

Punyalah lama nak menyambung part by part Travelogue Akak Kembang ke Jepun kan. Sorrylah pada yang ternanti-nanti tu … Akak Kembang sibuk sikit menguruskan anak-anak (macamlah ramai anak kan) … Jom sambung! 

Hari Kedua – 23 Dis 2016

Mount Fuji

Kringggggggg!!!! huhuhuhuhu … pukul 4.30 pagi kena bangun. Tak puas tido weiiii! Selalu kat Malaysia pukul 6.00 atau 6.30 pagi baru nak bangun. Tapi disebabkan susahkan nak Jejak Jepun ni lagi … maka bertabahlah mata bangun awal. Lagipun kami nak jalan jauh pagi ni. Subuh kat sini pukul 5.16 pagi. Walaupun aku tak boleh solat, aku yang akan bangun dulu … mandi … touch up … baru aku kejut Kak Wanie. Bagi can dia tidur lama sikit … hehehehehe … Sambil tunggu Kak Wanie bersiap, aku pun sapu butter kat roti. Pastu bawak biskut-biskut dan air masak sebagai bekalan dalam perjalanan nanti. Pagi-pagi ni tak lalu nak makan lagi …

Itenarary hari kedua, misi melihat gunung paling popular di Jepun. Tak sabar rasanya. Harap-harap ada rezeki melihat Fuji tersenyum lihat Akak Kembang datang 🙂

Lepas siap-siap, kami tunggu kat lobi hotel. Fuhhh!!! sejuk giler pepagi hening ni. Jam 5.30 pagi dah ramai lalu lalang kat bawah ni. Nak pergi kerja agaknya. Mata aku masa ni memang dah sembab sebab tak cukup tidur demimu Jepun … hehehehe …

Cubaan menyegarkan mata memasing 🙂

Untuk ke Mount Fuji, kami ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro menuju ke Tokyo Station. Tiket naik train di cover oleh JR Pass. Train dorang memang best sebab siap ada heater kat bawah tempat kaki …

Seperti yang aku bagitau pada entri terdahulu, jika korang menggunakan JR Pass jenis Green Car (reserved seat), korang boleh ambil tiket train lebih awal. Tak perlulah tergesa-gesa berebut atau beratur panjang.

Dalam 18 minit kami sampai di Tokyo Station. Kemudian, kami terus cari track untuk Shinkasen seperti gambar di atas. Kemudian cari nombor train seperti yang tertera dalam tiket train korang. Kami agak teruja sebab tak sabar nak naik bullet laju di Jepun ni. 

Ini contoh reserved seat ticket untuk Shinkansen Bullet. Waktu pergi, balik, tempat duduk semuanya tercatit di tiket tersebut.

➡ 7 sebab kenapa kena melancong ke Hong Kong

Train kami pukul 6.56 pagi. Ada masa untuk warm up mata yang still ngantuk lagi ni sambil tengok bullet yang kemain lajunya … tak dan Akak Kembang nak selfie ngan muncung bullet tau …

Jepun kan terkenal dengan vending machine. Macam-macam ada … boleh siap-siap beli simpan dalam beg untuk perjalanan nanti …

Syukur alhamdulillah sebab bos kami memilih JR Pass Green Pass. Kami menaiki train bullet jenis Shinkansen Kodama 633. Naik Shinkansen je terus cari tempat duduk masing-masing. Jikalau naik yang jenis ordinary pass, belum tentu kami boleh dapat tempat duduk. 
Lebih kurang 1 jam 51 minit, kami tiba di Shin Fuji Station. Keluar je dari train sudah mula terasa kesejukan. Bercakap pun boleh keluar asap dari mulut 🙂Sementara Nisa cari arah petunjuk untuk ke Mount Fuji, mari lihat apa yang ada sekitar Shin Fuji Station ni.

Kebetulan sama pulak kaler peti pos kat Jepun ni dengan tema Akak Kembang … sekali tengok teksi pun ada line oren jugak … kakakaka …memang kena bahanlah Akak Kembang …Ini Keroll.

Keroll still single.

Keroll suka pergi gym. Itu pasal Keroll Sado.

Sebab sado lah , Keroll selalu tolong Akak Kembang angkat beg.

Jadilah seperti Keroll 😆  

Ini Abg Su.

Abg Su suka minum Starbucks.

Abg Su suka selfie sambil minum kopi.

Abg Su suka belanja kawan minum kopi Starbucks. 

Jadilah seperti Abg Su  😆 

Ini bos & kak k.e. Itu Nisa.

Bos suka belanjer staff. Bos suka bawak staff jenjalan. Wife bos pun suka 🙂

Nisa suka tolong orang. Nisa tak merungut pun.

Jadilah seperti mereka 🙂
Tengok map macam jauh jer … macam dekat  jer Mount Fuji tu … Nak tunggu bas pulak dalam pukul 10.00 pagi baru boleh naik. Sejam lebih lagi kami kena tunggu. Lamanyaa … tak boleh jadi jugak … tapi nak tengok Mount Fuji jugak … huhuhuhu …

Tanya Ojisan yang bawak teksi … 5 minutes ! 5 minutes! jika jalan kaki. Kami agak .. agak jer …Kalau naik teksi lagilah 2 minit kot tapi caj dalam 700 yen untuk 4 orang (kalau tak silaplah). Cuma 3 orang je yang naik teksi, yang lain nak jalan kaki hip!hip!horey …

Taklah jauh mana pun. Kami pun main redah je sebenarnya … janji nampak signboard Mount Fuji. Sekitar kawasan menuju ke Mount Fuji ni tak banyak kereta. Seronok jer dapat jalan kaki ramai-ramai sambil tengok kawasan orang Jepun ni. Punyalah bersih tahap dewi jalan raya dorang ni. 

Jalan punya jalan jumpalah Fuji Exhibition. Still mencari mana Mount Fuji? Maam jauh jer lagi … huhuhu … Toleh sana sini … huhuhuhu … silap haribulanlah kami datang ni … Mount Fuji malu agaknya nak tengok Akak Kembang …Nisa tunjuk bukti Mount Fuji diselaputi awan jer … 
 Punyalah malu-malu nak tunjuk senyuman pulak … biar Akak Kembang jelah yang senyum … 

Hakak Sado CLPG. Kalau kat opis nak turun tingkat 20 pun punyalah pemalas … kat Jepun kemain gagah perkasa berjalan ek …
Muka nampak suka walaupun hati tak puas sebab nampak Mount Fuji dari jauh jek …

Aku syak kami salah tempat dan jalan … hahahaha …   

Entah rumah sapa kami tumpang bergambar … hamboi Nisa … tonggek lebih nampak …kekekeke …

jangan marah ek 🙂

Suka tengok rumah orang Jepun. Warna rumah dorang ni kebanyakannya lebih kepada warna tanah. Pastu setiap rumah mesti ada kebun kecil depan/tepi rumah walaupun kawasan yang terhad sangat … boleh di praktikkan di Malaysia nanti 🙂

Sebab yang menjadikan kami berjalan tak rasa penat adalah dapat melihat permandangan rumah-rumah di sekitar Shin Fuji Station ni. Depan rumah tanam pokok-pokok yang cantik sangat …Jumpa pulak kereta sebijik kenari  

Jomlah kita menggembirakan hati. Walaupun frust tapi kami tetap gembira jalan ramai-ramai sambil gelak-gelak hingga tidak terasa pun penat kaki. Sampai Shin-Fuji Station, Nisa uruskan tiket untuk ke Gotemba Premium Outlets pulak.  Rupanya, orang di kaunter tiket tu cakap, memang Mount Fuji takkan kelihatan hari ini … huhuhuhu … dah nama backpackers kan … takde rezeki kami. 

Cara Naik Train dari Shinjuku Station ke Tokyo Station :

Dari Shinjuku JR Station ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro ke Tokyo Station [18 minit]

Cara Naik Train dari Tokyo Station ke Shin-Fuji (Shizuoka) Station :

Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Bullet  ke Shin-Fuji Station [1 jam 51 minit]

Gotemba Premium Outlets

Gotemba Premium Outlets (GPO) adalah salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Jepun. Orang kata dari GPO nipun boleh tengok Mount Fuji. Malangnya memang tak nampak sebab cuaca tak best hari ni. 

Train ke Gotemba dah ready, driver jer belum ready 🙂‘Ini train yang kita nak naik ye Akak Kembang’

 

Masing-masing tak sabar nak sopping … macamanalah rupanya GPO kat Jepun ni kan …

Alamak! Lupa silang kakilah…patutlaaah nampak kembang……train harini memang ‘ong’ sebab banyak jumpa warna oren sama tema ngan Akak Kembang … hahahaha …

Kesian 2 orang pakcik ni kepenatan  😛 tapi tetap gagah follow kami ke sana ke mari … kekekeke …

Masuk train terus panas sebab train Jepun ada heater bawah kaki 🙂

Turun dari Gotemba Station, kami terus naik shuttle bus yang dah sedia menunggu di bus stop. Naik bas percuma je.  

Orang jarang naik bas … hehehehe … best naik bas Jepun ni. Rumah-rumah orang Jepun. Kemas dan menarik pada pandangan aku.
Tepi-tepi rumah ada kebun … Perjalanan naik bas dari Gotemba Station ke GPO mengambil masa  15 minit. Masa ni hujan renyai-renyai mula turun. Bertambah sejuklah …

Sapa yang pernah ke Johor Premium Outlets (JPO), lebih kurang je tapi aku rasa GPO lagi besar kawasannya … Kami berpisah dengan yang lain sebab kat sini ada masa lebih kurang 3 jam untuk shopping. 

Mula-mula outlet yang aku singgah ialah Butik GAP. Kalau kat Malaysia sekilas pandang je aku tengok GAP ni. Al maklumlah … GAP kan salah satu brand yang agak mahal. Aku kan kedekkkk … hahahahaha … 

Teringat kat adik badik … aku terus whastapp sambil tunjuk baju-baju GAP ni murah ke mahal? Sekali adik aku kata murah-murah …

Apalagi … ngeh!ngeh! Jom borong …Aigooo…winter sweater murah-murah. Geramnya … tapi aku tak beli pun … dah tu menyesal tak sudah …Kalau yang kat bahagian Clearance Sale ni memang murah. Aku beli 2-3 helai buat simpanan setahun 🙂

Selesai part 1 membeli belah di butik GAP 🙂

Jom terokai GPO lagi. Seterusnya, aku, Kak Wanie & Nisa cuma cuci mata je. Masuk kedai Lego kunun nak cari lego untuk Qayyum … tengok harga lebih kurang toy’r’us kat Malaysia je. Abaikan.Aku tengok kat GPO ni banyak yang bawak anjing yang comel-comel. Ingatkan bawak stroller ada baby rupanya ada anjing. Siap ada yang pakai baju cantik-cantik lagi. Seram pulak aku. 

GPO ni terbahagi pada 2 zon iaitu Zon Timur dan Zon Barat. Kiranya korang kena seberang jambatan akan nampak lagi pulak Zon Timur. Sila gagah & gigih jelah nak round semua kan …

Jom !

Dari GPO ni dah boleh nampak Ferris Wheel 🙂

Di bahagian Zon Timur aku tak membeli apa pun. Nampak outlet Coach, singgah, tengok harga, keluar, menyesal. Masuk outlet Levis … murah, cantik tapi takde saiz … 

Masa dah cukup. Jom pulang …

                                                                                                                                                                                                                                credit picture : Nisa

Di Gotemba Premium Outlet ni memang sukar nak mencari makanan halal (not sure). Takat minum kopi tu bolehlah kan. Kami alas perut dengan bekalan yang kami bawak pagi tadi. Jadilah untuk alas perut. Bila dah jenjalan ni kurang sikit rasa lapar. Boleh diet camni …

Tambahan >> GPO menyediakan ruang solat di zon timur.

Akhirnya, sementara tunggu yang lain-lain habis shopping, aku masuk GAP untuk kali ke 3. Macam-macam pulak kiriman orang kampung … sapa lambat order, nasiblah … huhuhuhu …

Cukup untuk setahun punya stok … hahahaha …

Bila orang tanya best ke Gotemba Premium Outlets ni? Aku jawab jujur ek kalau bawak banyak duit yen, opkos best … hahahaha … sebab ada barang yang murah dan takde lagi keluar di Malaysia. Aku pun takat beli baju-baju kat GAP tu sebab ala-ala macam beli PADINI kat JPO … dah tu je yang murah dan mampu milik 🙂 Adalah dinasihatkan, jika korang berkenan dengan sesuatu barang tu terus beli je kalau tak nanti terbayang-bayang (aku jenis camtu). Pastu  mulalah rasa menyesal tak sudah. Nak pergi lagi tu belum tentu tahun bila lagi kan …

Nak ke Gotemba Station, korang tunggu bas kat tempat yang korang turun masa mula-mula sampai tadi. Bas tu selagi tak penuh selagi tu dia tak jalan. Next destinasi ialah Asakusa. 

Sayonara GPO … sobs!sobs!

Cara Naik Train dari Shin-Fuji (Shizuoka) Station ke Gotemba Station : (akan di update sebab dah lupa … hehehe)

Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih 🙂

Baca Sini >>

Trip ke Jepun – Shinjuku (Part 1)

Trip ke Jepun – Shinjuku, Haruju & Shibuya (Part 2)  

 

2 thoughts on “Trip ke Jepun – Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3)”

  1. Mak pulak, dah beli barang nyesal tak sudah sebab fikir ‘kalau aku tak beli pun tak apa….’ hehehe

    Suka tengok suasana kat sana. Nampak bersih je.

    Mak suka tengok rancangan Jejak Jepun dan drama Kutinggalkan Cinta di Okinawa sebab nak tengok Jepun…

    (Mak siap buka kalkulator tukaran wang nak tengok harga dalam RM)
    kakciks recently posted..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Ya Allah…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge