Trip ke Jepun – Hard Rock Ueno & Asakusa (Part 4)

“A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving”

Assalamualaikum … gomen nasai (maafkan saya) di atas kelewatan sambungan jejak Akak Kembang di Jepun. Terlajak sibuk pulak minggu ni. Ok … jom sambung sebelum ingatan ini makin pupus dan pupus.

Kami sampai di Tokyo Station lebih kurang pukul 6 petang. Hari dah gelap masani walhal baru jam 6 petang. Masih belum biasa dengan kegelapan yang cepat di sini. Dalam kekalutan ribuan manusia, kami terpinga-pinga mencari arah tujuan. Tiba-tiba datang awek Jepun ni menawarkan diri membantu kami. Betul kata orang yang pernah ke Jepun, rakyat Jepun memang sangat helpful dan baik. Bab kaunter pertanyaan ni kami serahkan pada Nisa. Sebab apa asyik Nisa je? Sebab Nisa yang buat itenarary … wakakakaka … kami pun ada back up jugak sekali sekala 🙂 

Skip itenarary ke Asasuka, kami ke Ueno  terlebih dahulu. Rupanya kami kena naik subway sebab tiket ke Ueno tak di cover oleh JR Pass. Awek Jepun ni pandai berbahasa Inggeris sambil disulami bahasa ibunda dia. So, kami kena beli tiket untuk ke Ueno Station yang berharga 170 yen sehala. Selesai pembelian tiket masing-masing boleh naik subway.  

Hard Rock Ueno (orang Jepun sebut weino) ni senang je nak cari (padahal kitaorang punyalah melilau mencari…wakakakaka) sebab dalam Station Euno jer …  

Sapa tak kenal dengan Abang Selpie ni kan … hehehehe …

Dapatlah aku sambar sehelai t’shirt Hard Rock Ueno untuk aku. Ingat nak cari yang bling-bling … takde pulak kat sini. Promoter Hard Rock ni kata kalau beli 10,000 yen boleh dapat duti free … tapi masa ni dah campur-campur ngan Nisa pun still tak cukup 10,000 yen … takpelah bayar jelah duti tu … huhuhu … Promoter Hard Rock ni comel orangnya. Mix mat salleh dan Jepun tapi tak fasih sangat cakap omputeh. Lupa pulak aku nak snap gambar ngan dia … hehehehe … 

Ops! lupa nak bagitau … t’shirt Hard Rock untuk gegurl yang aku beli tu berharga 2800 yen (RM100.80). Mahal jugak tapi tak beli menyesal nanti … kekekeke …

Cara Naik Train dari  Tokyo Station ke Ueno Station :

Ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ginza ke Ueno Station [18 minit] [170 yen sehala]

Dah sampai Asasuka Station, kami terpinga-pinga lagi. Datang pulak Oniisan (Abang) Jepun ni datang membantu. Walaupun berbelit-belit lidah dia nak terangkan pada kami tapi dia tetap bantu kami. Terharu (sib baik tak hensem … tetttt)

Video yang sangat tidak amatur. Asal boleh jer. Layankan aje ek sampai salah cakap Akihabara, patutnya Asakusa … hehehe…

Kami nak mencari Nakamise Shopping Street sebenarnya. Oniisan ni siap tunjuk jalan/arah buat kami. Alang-alang dah bertanya dan ditolongkan … kami suruh tunjuk jalan ke Odaiba sekali.

Odaiba adalah sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay yang terkenal sebagai pusat membeli-belah dan hiburan. Malangnya, malam tu Odaiba tutup pulak malam tu atas sebab-sebab tertentu. Takde rezeki lagi. Harini memang tak ‘ong’ … huhuhu … 

Kami berpisah dengan Oniisan di hadapan Station Asakusa. Arigatou Gozaimazu Oniisan!!! Jasamu akan kami kenang … 

Irrasyaimase!!! (Selamat Datang) ke Asakusa …

 ➡ Jom Tempah Sabun Homemade Untuk Cenderahati 

Asakusa ni taklah sesibuk seperti bandar Shinjuku. Kebanyakan kedai disini sudah tutup kecuali kedai makan dan pusat hiburan.

Asakusa terkenal dengan Sensoji Temple. Salah satu kuil Budha yang terkenal dan tertua di Tokyo. Tapi tujuan kami ke Asakusa sebenarnya nak beli barang-barang souvenirs yang katanya lebih murah dan mencari restoran halal.

aku cuma faham 400 meter jer :roll:  

Jujurnya kami mempunyai masalah setiap kali mencari kedai makan halal (baru 2 kali jer). Semalam di Shinjuku, hari ini di Asakusa pulak … walaupun dah buka maps still gagal … beginilah nasib backpackers. Tapi seronok beb sebab dalam mencari kita akan jumpa sesuatu yang lain pulak …Kenalkan bodyguard Akak Kembang di Jepun … Mr. Keroll San. Mana Akak Kembang possing, situ dia mesti adoooo …. wakakakaka … Kedai makan ni tak halal tau tapi Akak Kembang tertarik patern kedai ni ala-ala macam dalam cerita Oshin 🙂

Dalam mencari-cari kedai makan halal tu, awek Jepun ni menawar diri membantu kami. Dia tak pandai sangat berbahasa Inggeris tau tapi aku salute cara dia yang sedaya upaya membantu kami. Punyalah dia berusaha sampai berbelit-belit lidah nak speaking … tu belum tengok Akak Kembang speaking lagi … terus berpintal-pintal lidah … hahahaha 

Dalam pencarian kedai makan halal tu, kami lalu pintu gerbang ni … macam kuil je. Oooooo …. inilah Sensoji Temple! sempat pulak bodyguard Akak Kembang buat part time ek … takpe kasi can.

perghhhh!!! besar jugak Sensoji Temple ni …

Temple dia lagi besar … Merah berjahang-jahang …
Sepatah haram tak paham … hehehehe …Untungnya datang ketika Sensoji Temple ni waktu malam dapat menikmati warna warni kegermalapan lampu. Memang cantik. Tapi ruginya sebab semua dah tutup. sobs!sobs!

Dalam pada nak mencari Restoran Naritaya di Asakusa, kami terpisah dengan 3 orang lain (Bos, Kak K.E & Ad). Dorang dah jalan dulu, kitaorang kan sibuk possing kat temple tu … padan muka kitaorang kena tinggal …

Masa ni kami berenam dah sesat dan hilang arah tujuan… perut makin lapar … hujan mula renyai-renyai … hingus oppa makin laju pulak … kesian plak aku nengok … what to do …

Masing-masing tengah berkomunikasi dalam whatsapp … dah bagi location pun tak jumpa-jumpa … guna maps pun still tak jumpa … dah berkali-kali call tak dapat tangkap gak … mencabar kan cari makan Halal di Jepun ni? Bertabahlah perut …Kat kawasan yang kami sesat tu banyak je kedai makan. Tapi tak nampak pun Restoran Naritaya. Mana nak nampak … dah semuanya tulisan Jepun … kekekeke …

Rasa nak naik beca Jepun jer … tapi awas! mahal tau …

Ok. Fine. Kalau tak jumpa jugak kami sepakat nak balik (propa jer lebih padahal perut mintak makan). Dalam pada frust nak balik tu nampak Ad dok melambai-lambai. Lorhhh …rupanya, kedai makan tu kat celah tembok pintu gerbang yang kami jalan tadi … patutlah Ad menunggu kami tak sampai-sampai. Bila dah nampak Ad tu cepat-cepat jalan sebab dah lapar sangat … ngeeee …. ampun bosssMemang restoran/kedai makan di Jepun ni jenis comel-comel. Dapur dorang berkonsepkan open. Kalau korang nak makan sambil hadap chef boleh makan kat bawah tapi jangan tangkap gambar chef tau! Chef dia pemalu (padahal kena marah sebab amik gambar kitchen … wakakaka) :mrgreen:

Restoran Naritaya di Asukusa ni menghidangkan makanan jenis Ramen. Ramen tu sejenis mee. Korang boleh pilih menu yang terpampang kat dinding kedai tu. Harga memang cekik darah  😛 

Aku pilih set Karaage + Ramen (aku syak nama melayunya Mee Sup Ayam Goreng) 🙂

Sedap baq hang …

Lepas kenyang, nak balik hotel kena lalu kawasan Sensoji Temple semula. Tapi ikut jalan lain pulak. Memang waktu ni dah sunyi sepi. Sekali baru perasan, rupanya deretan kedai-kedai nilah yang jual souviner murah-murah tu. Ruginya … huhuhuhu …

Pastu nampak pulak Tokyo Skytree dari jauh. Dalam itenarary memang kena singgah tapi disebabkan dah nak dekat pukul 9 malam maka terpaksa dibatalkan (last entry pukul 9.00 malam). Takde rezeki lagi. Memang hari kedua kami tidak ada ‘ong’ lah! huhuhu …. 

Walaupun asyik takde ‘ong’ je hari kedua kami tapi syukur alhamdulillah kami digantikan dengan pertolongan dari orang-orang Jepun. Untuk kali keempat pertolongan yang kami terima … bila dah sampai Asakusa Station, macam biasa kami menggelabah. Eh! betul ke train ni? Eh! salah kot! selalu was-was … tiba-tiba Oniisan ni jenguk dari dalam train sambil bertanya kami nak kemana. Bila konpem je, dia suruh naik cepat-cepat sebab train dah nak gerak. Fuhhh!! nasib baik sempat. Oniisan ni pandai speaking, so biar dia borak ngan bos … kekekeke.

Shinjuku hujan rengai malam ni … adoii!! tilam dah memanggil-manggil … sebelum balik hotel, kami singgah ke Family Mart untuk beli nasi. Sebelum tu dah cari kat 7 Eleven tapi tak pulak brand yang sama macam kami beli kat Family Mart tu … konpius … pastu patah balik ke Family Mart … habis licin kami borong … hehehehe … 

Kombanwa uolss!!!

Cara Naik Train dari Asakusa (Tobu/Subway)Station ke Shinjuku (JR) Station :

Dari Asakusa (Tobu/Subway)  Station ambil Tokyo Metro Ginza Line untuk ke Kanda (Tokyo) [10 minit]

Dari Kanda (Tokyo) Station ambil JR Chuo Special Rapid Service  untuk TAKAO ke Shinjuku (JR) Station [13 minit]

Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih 🙂

Baca Sini >>

Trip ke Jepun – Shinjuku (Part 1)

Trip ke Jepun – Shinjuku, Haruju & Shibuya (Part 2)  

Trip ke Jepun – Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3) 

12 thoughts on “Trip ke Jepun – Hard Rock Ueno & Asakusa (Part 4)”

  1. baca sambil menghayati sampai terasa-rasa sama lapar..kekekeke..

    eh kak..kim salam kat boss akak! mcm teddy bearrrr tahap nak polok polok muka hati mesti baik macam bapak-bapak kannnn…best nyer dapat bos best giler mcm nie!!! kipidap bossss~ 😉
    izwa recently posted..Pendek Dan Comel Tak Dapat Dipisahkan.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge